Bagaimana aku bisa menjadi seorang dia
Tutur katanya bagaikan pujangga
Bibit bicaranya membawa dakwah
Amal perbuatannya mengharap redhaNya
Sesama teman tidak pernah dilupa
Sentiasa memberi nasihat tika alpa
Sentiasa mendoakan kesejahteraan ummah
Sentiasa peka terhadap mereka yang bermasalah
Dirinya tidak pernah berputus asa
Tidak jemu membawa manusia kepada Yang Esa
Tidak pernah mementingkan diri
Hati yang rawan diletak tepi
Perasaan yang gundah diusir pergi
Kerana yakin pada janji Ilahi
Apa lagi yang mahu dicari
Sedangkan syurga sedang menanti
Bagi hambaNya yang berserah diri
Mengabdikan diri kepada Allahu rabbi
Masih jauh lagi perjalananku
Menjadi sebaik dia, temanku
Kerana di hati masih ada cemburu
Ada tompok hitam yang masih berteleku
*pilu*
3 comments:
siapakah si dia itu????
jom kita sama2 jadi seperti dia...
huhu....
dia.. terlalu istimewa..
tak layak rasanya bertemankan si dia..
huhuhu....
Post a Comment