pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Wednesday, October 17, 2012

"maaf, tumpang tanya"

Bismillah

Hari itu, tersentak saya dibuatnya apabila ditanya oleh seorang pensyarah, jika ada lelaki tempatan yang meminati saya, apa yang akan saya lakukan. Saya bukan tak pernah berbincang tentang perkara ini dengan teman-teman senegara dengan saya. Acapkali juga. Namun pabila ditanya secara tiba-tiba, kelu juga lidah nak berkata.

Hari ini pula, seorang teman beriya-iya mahu 'merisik' seseorang yang pernah saya menaruh hati padanya. Dulu, pernah juga bertanya tentang statusnya melalui orang tengah. Ketika itu katanya sudah selesai urusannya. Kali ini, dia berikan jawapan yang sama. Apa yang sudah selesai pun saya tidak ketahui.

Teman serumah juga mencadangkan saya turut serta dalam laman web baitul muslim. Sudah berkali-kali saya menangguh daripada mendaftarkan diri, tetapi beberapa hari lalu, saya cekalkan hati. InsyaAllah, usaha yang baik, moga Allah beri kemudahan. :)

Saya sudah menerima beberapa mesej tapi tidak boleh dibaca. Kalau nak baca, kena buat bayaran keahlian sort of. Bagus juga pendekatan mereka, supaya yang turut serta bukan sekadar ingin berkenalan biasa-biasa.

Sebenarnya, teruja dan curious juga apakah isi kandungan mesej tersebut. Tapi seperti ingin mendapat restu ibu dululah.. mana tahu ibu sudah ada pilihan untuk anaknya :D

Apapun, pesan pada diri supaya jangan lupa diri. Minta petunjuk daripada Allah, minta Allah permudahkan urusan sebab orang yang akan jadi pasangan hidup kita itu pertamanya manusia milik Allah.

1 comment:

ف.ر. said...

moga cepat jodoh anti ya ana doakan..:)

cakap tntg jodoh ni, ana teringat walimahnya Muhibbuddin dan Ina. afwan..ana tidak dpt hadir kedua2 majlis sbb ana tidak ada di singapura.

anti..ana minta tlg krmkn salam dn mhn maaf kpd kedua2 mempelai..nanti sekiranya nak beli hadiah, ana ikut kongsi blh? nanti duitnya, ana pass bila2 jumpa iA ya..

doa2 yg baik2 buat mrk berdua. :)

tiba masa, giliran anti pulak amin ya Rabb

:))

fa