pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Thursday, October 18, 2012

mulut manusia

Bismillah

Kerana pulut, santan binasa
Kerana mulut, badan merana

Hari ini merupakan hari pertama saya bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan. Hati saya rasa sangat berat untuk ke tempat kerja. Ia bukan pilihan saya walaupun saya yang bersedia untuk menerima tawaran ini. Saya kasihankan mereka.. mereka memang sangat-sangat memerlukan orang dengan kadar segera.

Mahu tidak mahu, saya terpaksa juga melapangkan hati dan bergembira di tempat kerja. Takkan nak melayan perasan tidak suka selama 9 jam kan?

Tiba waktu rehat, saya kembali menjadi cuak. Waktu untuk beramah mesra.

Kakak-kakak di situ semuanya ramah dan baik. Tapi saya sedikit terasa hati dengan beberapa kenyataan yang dibuat.

"Kenapa minta sini kalau dari jurusan Muamalat?"
"Di Singapura tiada universitikah?"

Mungkin mereka tidak memaksudkan apa-apa. Kadang-kadang saya yang terlebih tacing.

Kita kadangkala lupa bahawa apa yang nak disampaikan tidak semestinya sama dengan apa yang diterima. Kita galak berkata-kata sehingga tak terhiraukan perasaan orang yang mendengar. Bagi kita mungkin biasa-biasa sahaja, tapi bagi orang lain mungkin 'bahasa' yang digunakan agak kasar.

Sebagai pendengar, saya belajar untuk menahan lidah dari berbalas kata. Tiada faedah bertikam lidah kerana hal-hal yang kecil. :)

2 comments:

ف.ر. said...

anti..
ana belajar..
jadi guru, lagi banyak perlu jaga lidah..
apa yang kita cakap, mereka ikut..

anak murid ana seorang, nama dia afiq, satu kali tu, dia tegur kawan2 dia, dia guna bahasa ana..

dia kata, "korang, nanti ilmu tak masuk, baru ada kelas.."

ana senyum..

afiq afiq..

kalau nak marah pun, pastikan gunakan perkataan yang tidak menghina mereka. Dalam marah, pun perlu adab dan berhikmah.

Moga Allah dan RasulNya ajar ana..

Turut doakan ya.

:)

Fa

ف.ر. said...

maksud ana kelas=class..

moga afiq diberikan kefahaman dalam berkata, bukan setakat ikut2 ana..

:)

fa