pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Wednesday, October 17, 2012

ibrah di sebalik jenaka

Bismillah

Semalam semasa menonton televisyen, muncul satu iklan yang mencuit hati.

Seorang datuk sedang memegang gigi palsunya. Tiba-tiba gigi palsu itu berkata-kata (lebih kurang macam ini lah): "Hei, penatlah aku mengunyah untuk kau.." Sebenarnya iklan itu mahu mempromosi kaedah alternatif orang-orang tua untuk menikmati makanan, terutamanya bagi mereka yang tidak boleh mengunyah.

Walaupun iklan itu telah selesai ditayangkan, tapi senyuman sumbing masih tersungil di tepi bibir. Dalam pada itu, hati saya berkata-kata:

Mungkin seperti inilah senario nanti pada hari akhirat kelak. Yang mana bibir tak bisa berkata apa-apa, melainkan anggota badan yang lainnya berbicara.

Mata berkata, "Aku digunakan untuk melihat maksiat"

Telinga berkata, "Aku digunakan untuk mendengar maksiat"

Tangan berkata, "Aku digunakan untuk menulis perkara-perkara lagha"

Kaki berkata, "Aku dibawa berjalan ke tempat maksiat"

Allah.. Allah..

Dan ketika itu, tiada apa yang bisa dibuat kecuali mengharap rahmat Allah, mengharap kasihNya terbias pada diri. TT__TT

No comments: