Bismillah
Temanku telah berkongsi suatu cerita dukanya denganku. Berita yang dikhabarkan memang mengejutkan. Namun yang lebih penting, episod duka itu telah berganti dengan sebuah episod gembira. Kadangkala, kita harus bersedih dahulu untuk mendapatkan kegembiraan yang terindah.
Apakah perkara yang paling menggembirakan manusia? Bagiku, salah satunya adalah apabila dosa diampunkan Allah. Seperti orang yang berhutang yang telah langsai hutangnya, seperti itulah perasaan manusia yang dosanya terampun keseluruhannya. Malah berganda-ganda lagi gembiranya.
Kalau berhutang, bayar hutangnya.
Kalau berdosa, bertaubatlah.
Kata temanku, jangan dipandang rendah orang yang berdosa, kerana hari ini mungkin kamu lebih mulia daripadanya, tapi esok mungkin dia lebih mulia dari kamu kerana dia sudah bertaubat dengan sesungguhnya sedangkan kamu pula masih bermegah dengan amal kebaikan kamu.
Kata-katanya mengingatkanku tentang sesuatu.
Mungkin juga hajatku tidak tercapai, kerana kuikatkannya dengan satu janji. Selagi janji tidak ditepati, mungkin Allah menahan dari mengabulkan hajatku. Allah~
No comments:
Post a Comment