pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Saturday, September 15, 2012

kerehatan sebentar

Bismillah

Hari ini, sekali lagi saya telah terlepas peluang untuk duduk bersama saudara seagama saya dalam bulatan gembira. Benar, sejak semalam lagi, saya berasa begitu berat untuk turut serta (sedangkan ianya wajib) tetapi saya tetapkan dan cekalkan hati saya untuk terus melangkah. Tak mahu lagi beri peluang kepada syaitan dan kuncu-kuncunya menang. Saya tekad, hari ini saya adalah pemenangnya.

Namun, hampa.

Saya tewas.

Kehendak biologi menjadi penghalang. Bukan sekali, malah sudah berkali-kali perkara yang sama berlaku untuk keadaan yang sama. Ditelan mati mak, diluah mati bapak.

Itulah... saya mahu sangat berehat dari jalan ini. Kononnya sudah penat.

"Diya, wake up!! Nak rehat sementara kat dunia kemudian dipersoalkan di akhirat ataupun nak dapat kerehatan yang sebenar-benarnya di syurga nanti?"

No comments: