pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Wednesday, September 12, 2012

padang jarak, padang tekukur

Bismillah

Istilah di atas macam sesuai je dengan keadaan blogku sejak kebelakangan ini. Idea ada, masa je yang tiada (ini hanya ALASAN).

Kadang-kadang tu rasa kecewa dengan diri sendiri bila lama tinggalkan aktiviti menulis. Sebab saya rasa, bila susah nak menulis, itu petanda bahawa diriku:

a) tidak peka dengan keadaan sekeliling a.k.a selfish/self-centered
b) tiada kesungguhan a.k.a MALAS
c) kontang sebab tiada pengisian untuk jiwa

Yang paling sedih bagiku adalah pilihan C. Memang saya akui, sudah lama saya meninggalkan aktiviti berusrah. Saya rindu untuk berusrah, tapi ia tidak mampu untuk melawan rasa malas dalam diri. Rasa terbeban untuk mengikut serta. Mungkin sebab ahli liqa yang bertukar-tukar. Mungkin faktor jarak/perjalanan yang semakin jauh. Entahlah.. mungkin juga hati sudah terbiasa dengan maksiat. Mudah saja syaitan memujukku untuk meninggalkan usrah.

Seperti kata seorang pembentang kertaskerja di seminar tadi, ada satu jenis manusia yang tahu akan keburukan, namun masih lagi mengamalkannya di sampinag amal kebajikan yang lain, sehingga amal kebaikannya tidak mampu untuk menepis keburukan yang berada dalam hatinya. Allahu Akbar!!

No comments: