Bismillah
Sebentar tadi, saya menerima sebuah mesej daripada murabbi saya. Beliau berasa sedih kerana tidak mendapat maklum balas daripada saya untuk sebarang mesejnya. Telefon pun tidak berangkat.
Alasan saya:
1) Saya guilty-conscious
2) Saya memang kurang alert dengan handphone
Saya seolah-olah sedang berkonflik dengan diri sendiri. Saya mahu seperti dulu, konsisten setiap minggu duduk di dalam bulatan gembira. Namun pada masa yang sama, apabila saya membayangkan masa pertemuan yang agak panjang dan perjalanan yang jauh serta beberapa pengorbanan lain, saya jadi lemah.
*self-punish*
Murabbiku,
Izinkanku pergi buat sementara waktu
Mencari diri yang telah hilang
Agar bisa kukembali lebih gemilang
Mendokong dan menyokong gerak dakwah
Demi menyelamatkan ummah
No comments:
Post a Comment