pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Tuesday, July 10, 2012

kecederaan rohani

Bismillah

Dua hari lepas, saya telah membaca blog seorang penulis yang menyentuh kisahnya diuji dengan gangguan makhluk halus. Perit katanya. Apatah lagi dalam tempoh tersebut, jiwanya terasa seakan-akan kosong dan terasing, jauh daripada Allah. Ibadah menjadi hambar.

Saya juga terasa seperti itu suatu ketika dahulu. Peritnya diuji. Walaupun saya tidak diganggu makhluk halus, tetapi saya menghadapi perasaan was-was yang melampau. Sehingga saya harus berulang-alik mengambil air wudhu' kerana perasaan tidak yakin. Saya diganggu oleh bisikan-bisikan syaitan yang menjadikan saya was-was apabila saya mahu mendirikan solat. Perasaan itu tidak pula mengganggu di luar solat.

Peritnya diuji apabila nikmat beribadah seakan-akan sudah hilang. Solat pun dipercepatkan, zikir dan wirid selepas solat dipendekkan.

Memetik kata-kata penulis tersebut: Ujian tersebut mungkin adalah suatu ujian yang perit sekali tapi ia juga ujian yang terbaik buat diri kerana pada masa inilah, kita mudah berserah kepada Allah. Kita akur kita hamba yang lemah. Dan tiada siapa pun yang mampu membantu kita menghadapi ujian tersebut kecuali Allah.

2 comments:

ف.ر. said...

ukhti,

was2 dh takda ya?

macam mana awk lawan eh sampai hilang sbb makcik kite sorang ada was2 juga..

Fa

Nawal Insyirah said...

masih ada jugak..
kita tak tau nak lawan, tp memang kena banyak istighfar & tk byk fikir yg bukan2, macam tadi angkat wudhu' tangan smp siku ke tak, mcm tu la..

huda pernah bg kita video, tp kita lupa link video tu..