pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Tuesday, August 18, 2009

salsabila fahim-tunggu teduh dulu

Bismillah

Salsabila. Sungai yang mengalir di syurga.

Alhamdulillah. Suka sangat bace buku "tunggu teduh dulu". Walaupun tak habis lagi bace, tapi memang pasti, buku nie memang best untuk dibace.

Salsabila seolah-olah menggambarkan diri perempuan biasa dari sudut perasaannya. Ada rasa marah, rasa takut, rasa benci, rasa sayang, rasa kasih, rasa rindu dan lain-lain. Kadang kala, orang tersalah anggap bahawa kita yang dilitupi tudung ini hanya mempunyai perasaan suka sahaja (maksudnya, seperti yang baik-baik saje). Hakikatnya, kita beremosi sama seperti orang-orang biasa. Mereka menganggap kita bebas dari kesilapan, dan apabila kita tersilap, isu kita menjadi besar-besaran. - ini hanya pandanganku.

Tapi satu cirinya yang ku sanjung ialah, Salsabila tak pernah melupakan TuhanNya. Dalam apa jua keadaan, baik situasi yang menggembirakan atau yang menyedihkan, Salsabila akan kembali kepada Allah. Adakah aku begitu? Adakah kita begitu?

Seringkali, apabila kita bersuka ria, riang gembira, kita terlupa akan Allah. Keputusan peperiksaan yang baik, ah, itu usaha kita. Perniagaan yang menguntungkan. Eh, kelicikan dan ketangkasan kita lah yang membuat kita berjaya.

Kita lupa, Allah adalah penentu segalanya. Kalau Dia kehendaki, perkara itu boleh atau tidak boleh jadi. Untuk apa kita bersifat angkuh dengan Sang Pencipta?

Nah, apabila ujian melanda, musibah menimpa...di saat itulah, kalimah Allah sentiasa meniti di bibir. Pada ketika itu, barulah kita manusia angkuh hendak mengingatiNya. Ya Allah, ya Allah, ya Allah...

Suke juga dengan cara Salsabila berjumpa dengan suaminya. MasyaAllah...berjumpa di tempat paling suci di dunia, di tanah haram. Bilakah dapat ku menjejakkan kakiku ke sana? Bila membaca bagaimana tanah haram disifatkan, rasa gentar berserta perasaan ghairah yang amat menusuk ke kalbu. Ya Allah, perkenankanlah doa kami untuk berpeluang ke sana...

Perkahwinan antara Salsabila dan Sazli seperti mencontohi Rasulullah s.a.w dan Sayyidatina Khadijah. Salsabila lebih berusia daripada Sazli, namun umur tidak menentukan kematangan seseorang. Nyata, Sazli sebenarnya matang dalam pemikirannya. Oleh itu teman-teman, andai ade lelaki yang datang meminangmu dan dia lebih muda darimu, jika dia mempunyai agama, berkeperibadian yang baik serta datang dari keluarga yang baik, terima lah. :) Moga-moga dirimu mencontohi baginda dan Sayyidatina Khadijah. InsyaAllah.

Salsabila juga membuatku terfikir-fikir akan ekonomi umat Islam. Ia suatu fardhu kifayah, namun bagi yang mempelajari tentangnya, ia merupakan fardhu 'ain. Fardhu 'ain bagiku dan bagi teman-teman yang mengetahui selok belok ekonomi Islam. MasyaAllah. Berat terasa tanggungan kami. Adakah kami dapat mengembalikan kegemilangan ekonomi Islam sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat, atau kami tewas berdepan dengan golongan kapitalis? Allah yuhafizunaa...

Yang terakhir, Salsabila Fahim membangkitkan semangatku untuk bertani. Walaupun bukan di pandangan mata, tapi yang digambarkan terlalu mengasyikkan, seolah-olah benar-benar berada di ladang itu. Best rasenyer dapat tanam buah sendiri, dan makan hasil tanaman sendiri. Rasenyer antara penyebab main game pertanian kat facebook pun sebab da bace buku nie. :D

Alhamdulillah, begitulah sikit sebanyak yang dapat diraih dari novel tersebut. Antara novel yang sarat makna mendalam, yang memberi kesan ke dalam diri. InsyaAllah, selepas ini lebih terbuka pandangan ke atas setiap kejadian.

Wallahu 'ala wa 'alam.

No comments: