Bismillah
Alhamdulillah.. bergerak jua jari-jemari nie untuk menaip sebuah post. Sudah berkali-kali blog dibuka. Pertimbangan akal hendak menaip, tetapi hati selalu enggan. Entah ragam apa yang datang.
Perkara yang ingin ditulis sebenarnya telah lama diamati. Namun, kesibukan jadual dan keterbatasan waktu menjadi penghalang utama.
Bermulanya idea menulis post ini ketika suatu malam tanpa diduga, aku dan dua lagi teman karibku telah duduk berbual dengan seorang teman sepersatuan buat sesi lepas. Aneh, semasa kami bekerja bersama, jarang sekali, atau lebih tepat lagi tidak pernah kami duduk semeja berbual-bual tentang hal-hal yang tiada kaitan dengan persatuan.
Alhamdulillah, kami lebih mengetahui peribadi teman itu setelah berbual dengannya.
Aku yakin mereka juga bersetuju. Selalu apabila masa terluang terhad, maka masing-masing akan kurang berinteraksi. Masing-masing ada tugasan yang harus disiapkan. Lantaran itu, seringkali hubungan antara satu sama lain kurang dijaga. Ada hati yang tersentuh, ada yang berasa terabai.
Kadangkala, begitulah yang ku rasakan apabila sibuk dengan tugasan. Hablun minannas ku lebur.
Namun, aku bersyukur. Sekurang-kurangnya, alhamdulillah, walaupun kami bukan lagi di bawah satu persatuan, sama-sama bekerja, jalinan ukhuwwah yang terbina masih lagi kekal. Walaupun interaksi antara satu sama lain berkurang, kami masih lagi dapat bertegur sapa, berbalas senyuman dan khabar.
Di sini, aku ingin mengucapkan terima kasih yang tiada terhingga kepada insan-insan yang sudi menghulurkan persahabatan. Aku mungkin tidak bisa menjadi teman ideal, tapi aku cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik. Dalam persahabatan, kadangkala kita bergembira, dan kadangkala kita berduka. Tetapi biarlah kegembiraan dan kedukaan yang dilalui bersama itu meneguhkan lagi kekuatan persahabatan kita. Aku bermohon, janganlah sampai suatu masa kita tidak akan bertegur sapa, malahan saling membenci. Allahu hafiz..
Ketiadaan kakak senior begitu terasa. Moga-moga mereka semua di bawah lindungan rahmatNya. Ukhuwwah yang terjalin sekali-kali tidak akan dilupakan. Memori indah bersama ada tetap berada di sudut hati yang istimewa buat mereka semua.
Wallahu 'ala wa 'alam...
No comments:
Post a Comment