pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Monday, August 17, 2009

liqa'

Bismillah

Alhamdulillah, akhirnya dapat jua aku mengikuti kegiatan usrah. Semakin lama, semakin ku rasakan diriku terpimpin, dan aku semakin berdisiplin. Sesungguhnya kita kuat dalam jamaah.

Pada mulanya, apabila terdengar perkataan usrah sahaja, aku rasa terbeban. Bagiku, aku lihat tiada kepentingannya berusrah, malah hanya membazir waktu. Tiada manfaat yang dapat ku perolehi daripada aktiviti usrah. Ternyata sangkaan ku dahulu silap. Telahan yang dibuat tanpa pengetahuan.

Sekarang, aku rasa sedikit sebanyak, usrah telah membantuku untuk membentuk keperibadian yang lebih baik. Keperibadian yang selama ini ku inginkan. Teman-teman seliqa' banyak membantu walaupun ianya tidak dilahirkan secara zahir.

Kita kuat dalam jamaah. Begitulah yang ku rasakan apabila ke Sungai Buloh tempoh hari. Jika selama ini, aku hanya melihat kekuatan 7 orang dalam liqa' kami, pada hari itu, aku lihat kekuatan usrah kami yang sebenarnya. Dan aku diberitahu itu hanyalah di kawasan Kuala Lumpur. Subhanallah. Aku tidak keseorangan. Alhamdulillah, aku dibantu dengan mereka yang lain juga. Alhamdulillah.

InsyaAllah, moga-moga aku tidak mempersiakan jalan peluang yang Allah da bukakan buatku dan teman-temanku. Di sinilah perjuangan kami bermula. Di sinilah kami menuntut ilmu menyebarkan dakwah kami di kemudian hari.

Moga-moga Allah merahmati segala tindakan kami. Tujuan kami hanya satu, mencari keredhaanMu semata-mata, insyaAllah.

Wallahu 'ala wa 'alam.

No comments: