pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Monday, August 17, 2009

amanat

Bismillah

Sempena minggu terbuka akademik, akademi pengajian Islam telah menjemput 3 orang pelajar cemerlang untuk memberikan kata-kata pemupuk semangat kepada adik-adik seakademi. Alhamdulillah, aku berpeluang untuk menghadiri sesi berikut. Memang tidak sia-sia, kerana setiap ahli panel mempunyai nasihat-nasihat yang berguna untuk mencapai kecemerlangan.

Selain pentingnya kita menjaga hubungan kita dengan Allah, terutamanya apabila menjelang waktu peperiksaan, kita dianjurkan menjaga hubungan kita dengan manusia di sekeliling kita. Seringkali apabila tiba musim peperiksaan, kita menjadi seolah-olah orang yang mementingkan diri sendiri. Kononnya, kita sahajalah yang sibuk hendak periksa.

Hubungan dengan ibu ayah kita ialah penting untuk dijaga. Jangan sekali-kali terasa apabila mak dan ayah kita meminta bantuan kita pada waktu kita mengulangkaji, ia merupakan suatu gangguan, dan bantuan itu tidak dihiraukan.

Sebenarnya, tanpa kita ketahui, apabila kita membantu mak dan ayah kita, di situlah terdapat keberkatan membantu mak dan ayah yang mungkin sedang dalam kepayahan, sedangkan kita juga dalam 'perjuangan'. Allah s.w.t penuh berahsia. Mungkin pertolongan yang kita buat itu dapat membantu kita di kala menjawab soalan kelak, insyaAllah, dengan izinNya.

Hubungan dengan teman-teman juga harus dijaga. Seandainya ada teman-teman yang memerlukan bantuan, hulurkanlah bantuan yang diperlukan. Ilmu itu hanya akan menjadi kaya apabila dikongsi, dan bukan diketahui sendiri-sendiri. Tidaklah perlu fikir bahawa apabila kita berkongsi ilmu, kita menjadi semakin kurang pandai. Walau apapun, ilmu itu tetap milik Allah, dan jika Dia kehendaki, boleh saja ilmu itu ditarik semula dari kita. Allah lindungi kami...

Banyak lagi yang dikongsi oleh ahli panel. Moga-moga perkongsian itu dapat memanfaatkan seluruh warga dewan. InsyaAllah.

Wallahu 'ala wa 'alam.

No comments: