pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Wednesday, August 19, 2009

syurga cinta

Bismillah

sudah kutemui
tetapi belum pasti
masing-masing berdiam diri
bagiku, luahan hanya di hati
lantas kuberdoa diikatkan kedua hati ini
sampai suatu hari nanti
segalanya menjadi realiti
bukan lagi mimpi-mimpi
agar terbina suatu baiti jannati
diiringi doa restu ummi
serta diredhai Ilahi
moga berkekalan hingga ke syurgawi

:)

Ya Allah, sungguh aku menunggu imamku untuk hadir dalam hidupku. Menunggu imam yang akan melafazkan akad keramat. Imam yang dapat membawa aku mencari dan mencapai keredhaanMu serta membawa aku dan zuriatku ke JannahMu. Dekatkanlah hatiku dengan hatinya, moga akan terbina sebuah lagi masjid yang mengagungkanMu. Amiin...

reality check

Bismillah

Just now, i received a shocking testament from the bank. My account has approximately less than $10. Where have all the money that i've collected during my working stint gone to? Astaghfirullah... i was feeling down the whole way from the bank to my house, because i felt so disappointed with myself.

Then, i realised. We have been taught not to be wasteful. Because it is the way of the syaitans. Na'uzubillah. I don't want to be associated with the ar-rajeem.

We have also been taught that there are syaitans who will be guarding shopping places, and these creatures will whisper bad advice to us, so that we will spend without care. We are reminded to always pray that Allah will protect us from their whisperings.

And how i've forgotten all about that when i went shopping.

Astaghfirullah. I'm truly ashamed of myself. How i let myself be a slave towards material...

But i still have to face the music. It's a blow yes, but i have to stand up back again. No time to brew over losses, but to think ahead.

Scrimp and save is the way now.

Tuesday, August 18, 2009

salsabila fahim-tunggu teduh dulu

Bismillah

Salsabila. Sungai yang mengalir di syurga.

Alhamdulillah. Suka sangat bace buku "tunggu teduh dulu". Walaupun tak habis lagi bace, tapi memang pasti, buku nie memang best untuk dibace.

Salsabila seolah-olah menggambarkan diri perempuan biasa dari sudut perasaannya. Ada rasa marah, rasa takut, rasa benci, rasa sayang, rasa kasih, rasa rindu dan lain-lain. Kadang kala, orang tersalah anggap bahawa kita yang dilitupi tudung ini hanya mempunyai perasaan suka sahaja (maksudnya, seperti yang baik-baik saje). Hakikatnya, kita beremosi sama seperti orang-orang biasa. Mereka menganggap kita bebas dari kesilapan, dan apabila kita tersilap, isu kita menjadi besar-besaran. - ini hanya pandanganku.

Tapi satu cirinya yang ku sanjung ialah, Salsabila tak pernah melupakan TuhanNya. Dalam apa jua keadaan, baik situasi yang menggembirakan atau yang menyedihkan, Salsabila akan kembali kepada Allah. Adakah aku begitu? Adakah kita begitu?

Seringkali, apabila kita bersuka ria, riang gembira, kita terlupa akan Allah. Keputusan peperiksaan yang baik, ah, itu usaha kita. Perniagaan yang menguntungkan. Eh, kelicikan dan ketangkasan kita lah yang membuat kita berjaya.

Kita lupa, Allah adalah penentu segalanya. Kalau Dia kehendaki, perkara itu boleh atau tidak boleh jadi. Untuk apa kita bersifat angkuh dengan Sang Pencipta?

Nah, apabila ujian melanda, musibah menimpa...di saat itulah, kalimah Allah sentiasa meniti di bibir. Pada ketika itu, barulah kita manusia angkuh hendak mengingatiNya. Ya Allah, ya Allah, ya Allah...

Suke juga dengan cara Salsabila berjumpa dengan suaminya. MasyaAllah...berjumpa di tempat paling suci di dunia, di tanah haram. Bilakah dapat ku menjejakkan kakiku ke sana? Bila membaca bagaimana tanah haram disifatkan, rasa gentar berserta perasaan ghairah yang amat menusuk ke kalbu. Ya Allah, perkenankanlah doa kami untuk berpeluang ke sana...

Perkahwinan antara Salsabila dan Sazli seperti mencontohi Rasulullah s.a.w dan Sayyidatina Khadijah. Salsabila lebih berusia daripada Sazli, namun umur tidak menentukan kematangan seseorang. Nyata, Sazli sebenarnya matang dalam pemikirannya. Oleh itu teman-teman, andai ade lelaki yang datang meminangmu dan dia lebih muda darimu, jika dia mempunyai agama, berkeperibadian yang baik serta datang dari keluarga yang baik, terima lah. :) Moga-moga dirimu mencontohi baginda dan Sayyidatina Khadijah. InsyaAllah.

Salsabila juga membuatku terfikir-fikir akan ekonomi umat Islam. Ia suatu fardhu kifayah, namun bagi yang mempelajari tentangnya, ia merupakan fardhu 'ain. Fardhu 'ain bagiku dan bagi teman-teman yang mengetahui selok belok ekonomi Islam. MasyaAllah. Berat terasa tanggungan kami. Adakah kami dapat mengembalikan kegemilangan ekonomi Islam sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat, atau kami tewas berdepan dengan golongan kapitalis? Allah yuhafizunaa...

Yang terakhir, Salsabila Fahim membangkitkan semangatku untuk bertani. Walaupun bukan di pandangan mata, tapi yang digambarkan terlalu mengasyikkan, seolah-olah benar-benar berada di ladang itu. Best rasenyer dapat tanam buah sendiri, dan makan hasil tanaman sendiri. Rasenyer antara penyebab main game pertanian kat facebook pun sebab da bace buku nie. :D

Alhamdulillah, begitulah sikit sebanyak yang dapat diraih dari novel tersebut. Antara novel yang sarat makna mendalam, yang memberi kesan ke dalam diri. InsyaAllah, selepas ini lebih terbuka pandangan ke atas setiap kejadian.

Wallahu 'ala wa 'alam.

Monday, August 17, 2009

liqa'

Bismillah

Alhamdulillah, akhirnya dapat jua aku mengikuti kegiatan usrah. Semakin lama, semakin ku rasakan diriku terpimpin, dan aku semakin berdisiplin. Sesungguhnya kita kuat dalam jamaah.

Pada mulanya, apabila terdengar perkataan usrah sahaja, aku rasa terbeban. Bagiku, aku lihat tiada kepentingannya berusrah, malah hanya membazir waktu. Tiada manfaat yang dapat ku perolehi daripada aktiviti usrah. Ternyata sangkaan ku dahulu silap. Telahan yang dibuat tanpa pengetahuan.

Sekarang, aku rasa sedikit sebanyak, usrah telah membantuku untuk membentuk keperibadian yang lebih baik. Keperibadian yang selama ini ku inginkan. Teman-teman seliqa' banyak membantu walaupun ianya tidak dilahirkan secara zahir.

Kita kuat dalam jamaah. Begitulah yang ku rasakan apabila ke Sungai Buloh tempoh hari. Jika selama ini, aku hanya melihat kekuatan 7 orang dalam liqa' kami, pada hari itu, aku lihat kekuatan usrah kami yang sebenarnya. Dan aku diberitahu itu hanyalah di kawasan Kuala Lumpur. Subhanallah. Aku tidak keseorangan. Alhamdulillah, aku dibantu dengan mereka yang lain juga. Alhamdulillah.

InsyaAllah, moga-moga aku tidak mempersiakan jalan peluang yang Allah da bukakan buatku dan teman-temanku. Di sinilah perjuangan kami bermula. Di sinilah kami menuntut ilmu menyebarkan dakwah kami di kemudian hari.

Moga-moga Allah merahmati segala tindakan kami. Tujuan kami hanya satu, mencari keredhaanMu semata-mata, insyaAllah.

Wallahu 'ala wa 'alam.

amanat

Bismillah

Sempena minggu terbuka akademik, akademi pengajian Islam telah menjemput 3 orang pelajar cemerlang untuk memberikan kata-kata pemupuk semangat kepada adik-adik seakademi. Alhamdulillah, aku berpeluang untuk menghadiri sesi berikut. Memang tidak sia-sia, kerana setiap ahli panel mempunyai nasihat-nasihat yang berguna untuk mencapai kecemerlangan.

Selain pentingnya kita menjaga hubungan kita dengan Allah, terutamanya apabila menjelang waktu peperiksaan, kita dianjurkan menjaga hubungan kita dengan manusia di sekeliling kita. Seringkali apabila tiba musim peperiksaan, kita menjadi seolah-olah orang yang mementingkan diri sendiri. Kononnya, kita sahajalah yang sibuk hendak periksa.

Hubungan dengan ibu ayah kita ialah penting untuk dijaga. Jangan sekali-kali terasa apabila mak dan ayah kita meminta bantuan kita pada waktu kita mengulangkaji, ia merupakan suatu gangguan, dan bantuan itu tidak dihiraukan.

Sebenarnya, tanpa kita ketahui, apabila kita membantu mak dan ayah kita, di situlah terdapat keberkatan membantu mak dan ayah yang mungkin sedang dalam kepayahan, sedangkan kita juga dalam 'perjuangan'. Allah s.w.t penuh berahsia. Mungkin pertolongan yang kita buat itu dapat membantu kita di kala menjawab soalan kelak, insyaAllah, dengan izinNya.

Hubungan dengan teman-teman juga harus dijaga. Seandainya ada teman-teman yang memerlukan bantuan, hulurkanlah bantuan yang diperlukan. Ilmu itu hanya akan menjadi kaya apabila dikongsi, dan bukan diketahui sendiri-sendiri. Tidaklah perlu fikir bahawa apabila kita berkongsi ilmu, kita menjadi semakin kurang pandai. Walau apapun, ilmu itu tetap milik Allah, dan jika Dia kehendaki, boleh saja ilmu itu ditarik semula dari kita. Allah lindungi kami...

Banyak lagi yang dikongsi oleh ahli panel. Moga-moga perkongsian itu dapat memanfaatkan seluruh warga dewan. InsyaAllah.

Wallahu 'ala wa 'alam.

ikatan ukhuwwah

Bismillah

Alhamdulillah.. bergerak jua jari-jemari nie untuk menaip sebuah post. Sudah berkali-kali blog dibuka. Pertimbangan akal hendak menaip, tetapi hati selalu enggan. Entah ragam apa yang datang.

Perkara yang ingin ditulis sebenarnya telah lama diamati. Namun, kesibukan jadual dan keterbatasan waktu menjadi penghalang utama.

Bermulanya idea menulis post ini ketika suatu malam tanpa diduga, aku dan dua lagi teman karibku telah duduk berbual dengan seorang teman sepersatuan buat sesi lepas. Aneh, semasa kami bekerja bersama, jarang sekali, atau lebih tepat lagi tidak pernah kami duduk semeja berbual-bual tentang hal-hal yang tiada kaitan dengan persatuan.

Alhamdulillah, kami lebih mengetahui peribadi teman itu setelah berbual dengannya.

Aku yakin mereka juga bersetuju. Selalu apabila masa terluang terhad, maka masing-masing akan kurang berinteraksi. Masing-masing ada tugasan yang harus disiapkan. Lantaran itu, seringkali hubungan antara satu sama lain kurang dijaga. Ada hati yang tersentuh, ada yang berasa terabai.

Kadangkala, begitulah yang ku rasakan apabila sibuk dengan tugasan. Hablun minannas ku lebur.

Namun, aku bersyukur. Sekurang-kurangnya, alhamdulillah, walaupun kami bukan lagi di bawah satu persatuan, sama-sama bekerja, jalinan ukhuwwah yang terbina masih lagi kekal. Walaupun interaksi antara satu sama lain berkurang, kami masih lagi dapat bertegur sapa, berbalas senyuman dan khabar.

Di sini, aku ingin mengucapkan terima kasih yang tiada terhingga kepada insan-insan yang sudi menghulurkan persahabatan. Aku mungkin tidak bisa menjadi teman ideal, tapi aku cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik. Dalam persahabatan, kadangkala kita bergembira, dan kadangkala kita berduka. Tetapi biarlah kegembiraan dan kedukaan yang dilalui bersama itu meneguhkan lagi kekuatan persahabatan kita. Aku bermohon, janganlah sampai suatu masa kita tidak akan bertegur sapa, malahan saling membenci. Allahu hafiz..

Ketiadaan kakak senior begitu terasa. Moga-moga mereka semua di bawah lindungan rahmatNya. Ukhuwwah yang terjalin sekali-kali tidak akan dilupakan. Memori indah bersama ada tetap berada di sudut hati yang istimewa buat mereka semua.

Wallahu 'ala wa 'alam...

Monday, August 3, 2009

ramadhan mubarak

Bismillah

Sebak semalam bile solat berjemaah. Rasenye da lame tak solat berjemaah. Yang lebih menyedihkan, terkenang-kenang waktu dulu mase solat jemaah ngan ayah. Macam terngiang-ngiang gitu bacaan ayah dalam solat semalam. Sekarang da tak bole dengar lagi suara ayah, cume bole remisnisce je.

Alhamdulillah, insyaAllah Ramadhan da nak datang. Kurang sebulan lagi. Tak sabar rasenye nak menyambut Ramadhan. Ayah pun mesti menanti kan. Ayah mesti gembira dalam kubur kan. Ayah, adik pun tak sabar untuk ayah.

Tak sabar Ramadhan pun sebab dapat solat jemaah. Sayu, syahdu je kalau solat jemaah dalam bulan Ramadhan. Memang banyak kelebihan bulan ni kan. Sayang, hanya sebulan ni je yang dapat perasaan macam ni. Tapi, lebih sayang kalau manusia tak memanfaatkan bulan ni sebaiknye. Moga dijauhkan dari golongan itu. Moga diberi kekuatan mental, fizikal and spiritual untuk beribadah seoptimum mungkin. Moga-moga ia bukan hanya kata-kata. Amiin, Amiin, Amiin ya Rabbal 'Alamiin...

Ayah, ayah datang la lagi dalam mimpi adik ye. Ayah datang senyum2 tau. Ayah mesti datang dengan gembira. Adik pun happy kalau dapat jumpe dengan ayah. Ayah, ramadhan mubarak!!! :)

am i being 'heck-careish'?

Bismillah

Yesterday, while talking to my two close friends on the way back to Malaysia, we touched on a topic I was not quite sure of (how to define it), but rather personal. And I felt as if i'm not being in tune with my surroundings..and I forgot about other people. I feel as if i'm there fil jasad faqad but my soul is somewhere else.

And when she confided in me about something while we're eating just now, again, I felt slapped...i live in the same room with her, and yet this thing escapes me.

It was defined as being 'heck-care'? Am I really being that?

Frankly, since the new semester began, I felt as if i'm in a limbo, between two worlds. I don't know why and I don't know how I become like this.

It's really scary. I'm afraid i'll be hurting many hearts with what i'm being right now.

Ya Allah
Only You are my salvation
Please grant me peace of heart
Peace of mind
Peace of soul


To the rest that might be 'feeling' with my past actions, please forgive me so.

Wallahu 'ala wa 'alam...

Saturday, August 1, 2009

thank you atas teguran :)


Bismillah

Allah sedarkan manusia dengan cara yang paling halus. Alhamdulillah, dalam diri ini terfikir-fikir tentang sesuatu yang tak sepatutnya difikir, Allah menegurku melalui tulisan seseorang yang lain. MasyaAllah, tak terkata Maha Suci, Maha Lembut dan Maha Penyayang Allah itu. Rasa sebak tiba-tiba. Aku masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri.

Thank you Allah. Thank you awak. :)