pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Tuesday, August 28, 2012

jubili perak

Bismillah

Alhamdulillah.. dipanjangkan umur sehingga ke jubili perak.

Tahniah kerana Allah masih lagi beri peluang untuk memperbaiki diri.

Salam takziah, moga-moga umur yang panjang bukan bererti dosa yang bertambah-tambah

Sempena ulang tahun kelahiranku semalam, saya bercadang untuk berpuasa. Puasa sunat syawal. Moga-moga hari lahirku diberkatiNya. Saya impikan permulaan hari yang baik; bangun sahur awal, kemudian dapat melakukan solat-solat sunat serba sedikit dan kemudiannya berterusan menjadi hari yang baik sehingga ke penghujungnya. But alas!

Ibu terlupa saya mahu berpuasa lalu tidak dikejutkanku untuk bersahur. Sedangkan malam sebelumnya saya telah berkali memberitahu ibu. Saya jadi merajuk; rajuk dibawa sehingga ke tengahari. Terasa ingin terus merajuk hingga waktu berbuka, tapi setelah mendirikan solat zuhur, hati yang panas menjadi sejuk. Benarlah air dapat memadam api yang membara.

Sambutan ulang tahun kelahiran yang tidak mengikut plan, tapi sangat bersyukur kerana diberi kesempatan hidup hingga ke saat ini. :)

2 comments:

ف.ر. said...

Salam..

anti dapat ucapan sanah helwa ana via sms?

:)

biskut anti sedap..iA, Mak kata, thn depan, moga pnjg umur, murah rezeki, blhlah order lagi.

bila rancangnya balik Malaya? lama dah tidak jejak ke sana..

Moga ada izinNya, sekiranya Mak Abah ana hantar Jidah balik UM, ana nak ikut. Blh jumpa anti dan Huda..Mak nak belanja makan, iA..

:)

Doa2kan diri ana ya ukhti kareemah..

:)

Salam,
Fa

Nawal Insyirah said...

waalaikumussalam..

Allah, lama sudah tak jenguk, kesian tak berbalas komen awak kat sini..

insyaAllah.. terima kasih banyak2 kat family awak sbb sudi order.. :D

kirimkan salam kita dengan lafaz 'assalamualaikum' pada family awak & peluk cium pada ja'far saadiq ya.. :D