Petang tadi, saya berjalan-jalan di pasar malam, sambil mengusha barang-barang pasar. Niat di hati nak beli groceries, memandangkan bekalan di rumah dah kering kontang. Tapi macam tak tahu nak beli apa
Terlihat seorang penjual buah-buahan sedang mengeluarkan buah rambutan dari kotak dan melonggokkannya di atas meja, tapi ada beberapa biji yang terjatuh. Seorang kanak-kanak berdekatan terus berkata kepada ibunya, "Rambutan jatuh. Rambutan jatuh."
Bagi orang lain, mungkin itu suatu pandangan biasa, tapi bagi saya telatah kanak-kanak itu kelihatan comel. Bila kita semakin meningkat dewasa, perkara sekecil itu kita menganggapnya biasa-biasa sahaja. Langsung tidak diberi perhatian. Tapi bagi seorang kanak-kanak, ia suatu perkara yang amat besar. Buah rambutan itu jatuh, masakan tiada siapa yang peduli?
Beberapa hari yang lalu, saya telah membaca status seorang kakak yang sedang mengajar anaknya untuk tidak membazir makanan. MasyaAllah, jawapan anaknya melangkaui umurnya. Bila dikatakan nasi akan menangis jika dia membazir, dia jawab nasi tiada mata. 10 tahun yang lalu, jika ibu katakan kepadaku nasi akan menangis bila saya membazir, pasti saya tidak akan ragu-ragu lagi dan terus menghabiskannya. Zaman telah berubah, kanak-kanak menjadi semakin cerdik sekarang.
Kanak-kanak yang dipamerkan dalam iklan juga bijak-bijak berkata belaka. Iklan yang mencuit hati saya ialah iklan puasa oleh maxis. Beberapa orang kanak-kanak telah ditanya tentang amalan yang tidak boleh dibuat semasa berpuasa. Ada yang mengatakan tidak boleh mengorek telinga. Jika berasa gatal, tepuk sahaja telinga itu. *tersenyum sendirian*
Kanak-kanak kadang kala banyak memberi ibrah kepada saya. Bila saya sudah banyak tidak mempedulikan sesuatu perkara, kanak-kanak datang mengajar saya sesuatu. Mereka memang kecil, tapi kecil-kecil cili padi. :)
p/s: ada tawaran jadi guru tadika? pastinya saya mahu ^^
3 comments:
Anti bakal ibu yang baik.
Mudahan-mudahan.
:)
Allahumaftah 'alaina wa 'ala zurriyatina futuhal Arifin...
Fa
amiin~
awak juga.. :)
Amin Allahumma Amin..
:)
fa
Post a Comment