pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, August 12, 2012

gajah dan kuman

Bismillah

Kuman di sebarang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.

Bulan Ramadhan ini banyak keistimewaannya. Syaitan dipenjara. Pahala berganda-ganda. Pintu syurga terbuka luas. Keampunan daripada Allah. Ganjaran Lailatul Qadar. Beruntunglah bagi mereka yang dapat meraih ini semua. Rugilah bagi mereka yang tidak bersungguh-sungguh.

Petang tadi saya terbaca tweet seorang artis. Ayahnya baru sahaja meninggal dunia. Seharusnya saya mengucapkan takziah kepada keluarganya dan mendoakan roh ayahnya tenang di sana. Tapi sebaliknya saya bersimpati akan ayahnya. Artis tersebut bukanlah seorang yang terjaga auratnya, dan saya bersimpati atas ayahnya yang terpaksa menanggung dosanya. Allahu akbar. Entah mengapa saya terfikir begitu.

Dosa orang lain tampak besar di pandangan mata saya sedangkan dosa-dosa saya juga besar timbunannya. Astaghfirullah al-azim.. T_T

1 comment:

ف.ر. said...

Ukhti..
sekiranya seorg anak tu dah akil baligh, lepas tu buat dosa, ada kesan ya pd mak ayah mrk?
:/

Tapi yg pastinya, untung mak ayah yg dpt anak soleh/solehah..srg menerima doa dan pahala..

Fa