pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Monday, July 23, 2012

in communication

Bismillah

Allah is Oft-hearing. Really.

Sometimes, I faced situations when I have to speak up, for my own interest, but found it hard to construct the sentence. So I really hoped that the person who I am going to speak to will bring up the subject first. And suddenly, with Allah's will, the person will be the one to speak first.

Sometimes, I have questions in my mind but I'm shy to ask. So I kept reminding myself the questions so that when the time is right, I will able to recall them. But somehow, Allah knows that I will have a hard time, so He put me in situations where other people will ask, and I will get the answer.

It really is a blessing when Allah wills you to have such a close relationship with Him because wondrous things will happen~

bicara dengan iman

Bismillah

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan~

Tak tahu nak kata apa perasaan untuk Ramadhan tahun ini.. nak kata semangat, macam kurang. Nak kata tak semangat, astaghfirullah, ini kan bulan yang baik, tak sepatutnya rasa tak semangat. Neutral? Maybe...


Apa khabar iman hari ini?
Adakah kamu bertambah baik?
Sudah sihatkah kamu dari sakit?

Bulan Ramadhan ini, saya mahu mengaut sebanyak mungkin amal kebajikan, semata-mata kerana Allah.

Bimbang, kalau tiada Ramadhan lagi untuk saya...

Monday, July 16, 2012

aura positif

Bismillah

Sebelum mengambil kakakku di TBS, saya telah meluangkan masa berjalan-jalan di MidValley. Setelah hampir 5 tahun saya di KL, Mid sudah tiada apa yang istimewa lagi di mata saya. Walaupun begitu, saya masih suka ke sana kerana di sana terdapat toko buku. Bagi seorang ulat buku seperti saya, masa yang berjam-jam dihabiskan di kedai buku bukanlah masa yang tersia. :)

Paginya sebelum itu, saya telah menghadiri suatu program anjuran usrah. Seorang kakak telah mencadangkan agar kami semua mula mempersiapkan diri untuk Ramadhan yang akan menjelma dengan menambah ilmu mengenai bulan ini melalui buku mahupun video. Maka saya pun menyahut cabarannya lalu terus ke MPH bagi mencari bahan-bahan bacaan mengenai Ramadhan.

Semasa membelek-belek buku di bahagian Islamik, tiba-tiba kepala saya ingin menoleh ke kiri. Oh, terkejutnya saya bila terpandang 'ustaz' di sebelah. SubhanAllah... saya fikir Allah telah menganugerahkan beliau aura positif yang begitu kuat. :)

#endingnya... rekalah cerita anda sendiri...

Saturday, July 14, 2012

the truth always hurt

Bismillah

I realised now that my honest confession has somehow jeopardize a friendship. I don't know if my friend managed to read my post or someone else has conveyed it to him, but it seems after the post has been posted, we grew distant. It's really a shame if the post is the reason we grew apart.


Or maybe he thought that I am making wrong assumptions from his actions that he stopped showing care or even acknowledge me a bit to avoid me being in a 'happy-dreamy' state.


Whatever his reasons may be, the truth really hurts. On one hand, it is a good thing to jerk me from my fantasies. On the other hand, it hurts to know that you're not the one. And it hurts more to know maybe 'the one' is the person beside you.

Tuesday, July 10, 2012

kecederaan rohani

Bismillah

Dua hari lepas, saya telah membaca blog seorang penulis yang menyentuh kisahnya diuji dengan gangguan makhluk halus. Perit katanya. Apatah lagi dalam tempoh tersebut, jiwanya terasa seakan-akan kosong dan terasing, jauh daripada Allah. Ibadah menjadi hambar.

Saya juga terasa seperti itu suatu ketika dahulu. Peritnya diuji. Walaupun saya tidak diganggu makhluk halus, tetapi saya menghadapi perasaan was-was yang melampau. Sehingga saya harus berulang-alik mengambil air wudhu' kerana perasaan tidak yakin. Saya diganggu oleh bisikan-bisikan syaitan yang menjadikan saya was-was apabila saya mahu mendirikan solat. Perasaan itu tidak pula mengganggu di luar solat.

Peritnya diuji apabila nikmat beribadah seakan-akan sudah hilang. Solat pun dipercepatkan, zikir dan wirid selepas solat dipendekkan.

Memetik kata-kata penulis tersebut: Ujian tersebut mungkin adalah suatu ujian yang perit sekali tapi ia juga ujian yang terbaik buat diri kerana pada masa inilah, kita mudah berserah kepada Allah. Kita akur kita hamba yang lemah. Dan tiada siapa pun yang mampu membantu kita menghadapi ujian tersebut kecuali Allah.

Monday, July 9, 2012

ad-deen itu nasihat

Bismillah

Semalam saya telah mengikuti ibu ke suatu program APKIM. Pada sebelah paginya, mereka telah menganjurkan suatu sesi motivasi bagi para peserta. Kami telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan umur. Ibu bapa suatu kumpulan. Anak-anak kecil pula di dalam kumpulan lain. Saya ditempatkan di dalam kumpulan anak-anak dewasa muda.

Pada mulanya, saya berasa sedikit ralat kerana 'terpaksa' melalui sesi motivasi dahulu sebelum acara hari keluarga pada sebelah petang. Saya berpendapat bahawa APKIM sengaja membuat dua acara yang berbeza 'mood'nya pada hari yang sama; kalau mahu bersuka ria, kena dengar motivasi dahulu. Tak suka! Saya memang seorang yang kurang minat dengan program berbentuk motivasi (walaupun sebenarnya saya AMAT memerlukan motivasi sekarang ini).

Sehingga tiba di tempat berkumpul, saya masih lagi complain. Rasa terpaksa semakin menebal. Sikap saya kepada para petugas juga menjadi acuh tak acuh.

Namun, fasilitator yang dijemput untuk mengendalikan kumpulan kami berjaya menarik perhatian saya.

Sebagai seorang kaunselor, apatah lagi yang pengkhususannya berkenaan kekeluargaan, beliau sangat memahami apa yang kami lalui sebagai seorang dewasa muda. Pada masa inilah, tanggungjawab kami menambah, komitmen kami menambah, kami harus membuat lebih banyak keputusan, harapan ibu ayah yang semakin meninggi... dan banyak perkara lagi.

Dan antaranya juga ialah bermula fikiran untuk melalui fasa kehidupan seterusnya: fasa berumahtangga. Siapa yang tak mahu bernikah, kan?

Inilah masalah saya.

Bagaimana untuk saya memulakan perbincangan dengan ibu saya tentang perkara ini? Saya telah menyuarakan persoalan ini kepada fasilitator tersebut dan rakan-rakan di dalam kumpulan yang sama. Saya lihat ibu saya seolah-olah tidak memberi ruang untuk kami berbincang tentang perkara ini. Saya juga merasakan peluang saya agak tipis memandangkan kakak saya masih belum bernikah dan saya dapat merasakan ibu mahu kakak saya bernikah dahulu, atau sekurang-kurangnya bersama-sama.

Fasilitator tersebut (Cik Fairuz) berkata sebenarnya para ibu malu untuk memulakan perbincangan ini. Alahai~Kalau dua-dua malu nak mulakan, takkan ke mana lah...

Tapi saya juga mempunyai suatu reservation; sebab mengapa saya masih belum memulakan perbincangan ialah kerana saya tiada calon. Yang dirisik betul-betul tiada, hanya yang diusha-usha sahajalah.

Cik Fairuz juga telah mencadangkan agar saya menonton Semanis Kurma untuk mendapatkan tips bagaimana untuk meyakinkan ibu. Setelah mendengar video itu sebentar tadi, sebenarnya mudah sahaja (kalau kita mudahkan). Dan tiba-tiba teringat, tips yang diberikan itu seolah-olah apa yang saya jawab semasa peperiksaan kertas Munakahat sewaktu A level dahulu.

Iyalah... tulis senanglah. Nak gerakkannya, satu hal lain.

Doakan. :)

Wednesday, July 4, 2012

berdiam diri

Bismillah

Diam itu lebih baik. Kadangkala kita terlalu banyak berkata-kata sampai kita terbabas. Ada perkara yang perlu dirahsiakan tapi sudah terluah. Ada perkara yang perlu disorokkan telah dijaja. Seolah-olah kehidupan ini suatu buku cerita yang terbuka.

Hari-hari yang menghampiri Ramadhan ini, biarlah digunakan sebanyak-banyaknya untuk berkomunikasi dengan Allah. Bukan kerana Allah perlukan perhatian, tapi saya!

zuriat

Bismillah

Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai penyakit wanita yang melibatkan bahagian kelamin yang tersiar di akhbar. Hal ini buat saya rasa gerun dan risau kerana penyakit-penyakit seumpama itu menyerang tidak kira usia atau status perkahwinan. Seorang wanita yang belum bernikah juga mempunyai risiko. Perasaan takut  ini semakin bertambah-tambah bila melihat keadaan kesihatan diri saya bukan di tahap optimum.

Penyakit tersebut akan membuat seorang wanita itu berkemungkinan dibuang rahimnya. Walaupun masih belum terkena sebarang penyakit, alhamdulillah, tapi saya tetap harus berjaga-jaga. Saya akan berasa sedikit ralat jika terjadi sebegitu (na'uzubillah min zaik) sebab saya ingin mempunyai zuriat sendiri. 

Oh, rasa ingin cepat-cepat berumahtangga.

Sunday, July 1, 2012

Berniaga: Suatu Sunnah Rasulullah s.a.w

Bismillah

Beberapa hari ini, saya sibuk di dapur. Kalau bukan untuk memasak, pasti sedang menolong ibu dengan aktiviti 'baking'.

Sebenarnya saya suka membuat aktiviti tersebut. Seperti ada suatu kepuasan melihat adunan yang dipukul menjadi kembang dan gebu, melihat kek dan kuih menjadi di dalam ketuhar... Sama seperti seorang ibu melihatnya bayinya membesar dari hari ke hari.

Oleh kerana minat dan keinginan saya untuk berkongsi rasa dengan orang ramai, maka saya pun menghasilkan sebuah 'page' di facebook bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan kami. Setakat ini belum dapat 10 orang yang suka pun, tapi tak mengapalah. Mula-mula sikit, nanti insyaAllah akan menjadi ramai. :)

Apa yang bisa saya pelajari, kalau kita mahu menjalankan perniagaan, kita tidak bolehlah nak rasa malu-malu. Agak tebal jugalah muka ini mempromosi 'page' di sana-sini. Permulaannya susahlah, tapi insyaAllah, bila kita sudah mencipta nama, lama-lama kita tak perlu lagi mempromosi secara sendiri.

Baiklah, saya ingin kembali menyiapkan menu kek & kuih-muih untuk promosi bulan Ramadhan/Syawal nanti.