pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, May 13, 2012

salah tetap salah

Bismillah

Cikgu saya pernah menceritakan suatu insiden semasa beliau di sekolah dahulu. Beliau dan beberapa kawannya telah ditangkap atas suatu kesalahan.

Oleh kerana itu, beliau telah dikenakan hukuman. Beliau berasa sangat tidak puas hati dihukum kerana bukan beliau yang memulakannya. Namun kata-kata temannya membuatnya terdiam.

"Tidak kisahlah siapa yang mulakannya. Kamu tetap buat salah." (struktur ayat telah ditukar)

Kata-katanya melekat di jiwaku hingga ke hari ini.

Beberapa minggu lepas, saya telah membaca bahawa salah satu sarana tarbiyyah dzatiyah ialah mengakui setiap dosa itu adalah suatu kesalahan. Kecil atau besar dosa itu, ia tetap suatu kesalahan.

Namun manusia memang suka membanding-banding antara mereka, hatta dalam perkara dosa.

"Oh, aku memang tak tutup aurat, tapi sekurang-kurangnya aku tak pernah tinggal solat."
"Aku dan dia couple Islamik lah, tak ada pegang-pegang tangan, keluar bersama etc"

Yang tidak tutup aurat merasa dia kurang bersalah jika dibandingkan dengan mereka yang meninggalkan solat.

Yang menggelarkan diri mereka couple Islamik merasa diri lebih baik daripada mereka yang bukan couple Islamik.

Hakikatnya, kedua-duanya adalah berdosa.

Bagi mewajarkan perbuatan mereka, mereka berperasaan bahawa dosa mereka itu lebih kecil apabila dibandingkan dengan orang lain.

Astaghfirullah al-'Azim...

2 comments:

ف.ر. said...

Jazakillah ya ukhti..

Post ni sangat bermanfaat buat diri..

Seburuk-buruk bani Adam ialah mrk yg buat dosa selepas itu bangga dgn dosa yg dibuat.

Moga kita sentiasa dlm golgn tawwabin yg kesal dn sesal atas dosa yg serg sj dlakukan..

Fa

Nawal Insyirah said...

amiin~