pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, May 13, 2012

Fitnah Akhawat Tarbiyah

Bismillah

Liqa' atau usrah yang dahulunya satu pertemuan yang menyeronokkan kini kian hambar. Di mana silapnya, aku tidak pasti.

Adakah kerana faktor murabbi yang tidak sejiwa denganku?
Adakah kerana faktor ahli liqa' yang semakin susut?
Adakah beban tugas dakwah dan tarbiyyah yang banyak dan tiada putus, membuatku hilang motivasi untuk meneruskan perjalanan ini?

Atau aku yang bermasalah, terbuai dengan "nikmat" dunia, sehingga aku hilang minat untuk memikul tugas-tugas yang berat ini?

Benar...

Akulah yang bermasalah.

Ku akui, sejak aku mengenali dia, hidupku banyak berubah. Aku rasa jauh daripada akhawat yang lain, kerana aku pasti mereka tidak akan memahaminya. Aku rasa jauh daripada keinginan untuk merealisasikan impian yang besar - iaitu daulah Islamiyyah - kerana terleka dengan hiburan yang dia sediakan.

Allah...

Bagaimana aku boleh duduk bersama ahli liqa' yang lain, berbincang masalah umat bersama dan berbincang usaha-usaha kita bagi menyelesaikannya, tapi apabila kupulang, ruh itu lenyap serta-merta?

Allah...

Aku telah membuat fitnah ke atas diriku sendiri.

Bukan murabbi atau ahli liqa' lain yang gagal, tapi aku yang telah mengundang bencana ke atas diri sendiri.
T_T

1 comment:

Unknown said...

syukur kesedaran itu telah hadir.
alhamdulillah hamdan kathirah. =')

sama2 kita mujahadah untuk terus dalam barisanNya.