pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Saturday, May 19, 2012

mari menjadi hamba

Bismillah

Alhamdulillah, hari ini saya telah berpeluang untuk duduk bersama adik-adik di dalam suatu bengkel. Walaupun sudah tidak bergelar pelajar lagi, saya masih lagi dijemput untuk meraikan bengkel ini bersama-sama mereka. :)

Pada mulanya, saya berasa agak malas untuk turut serta. Maklumlah, apa yang nak dibincangkan dalam bengkel tersebut pastinya sesuatu yang boleh membantu adik-adik untuk memahami subjek yang mereka ambil dengan lebih mendalam. Saya kan bukan pelajar lagi, apatah lagi bidang yang dikongsikan itu bukan minat saya. Namun, saya turutkan jua kerana mendapat 'arahan' (baca: pelawaan) daripada pensyarah saya.

Apa yang dikongsikan itu menjangkau jangkaan saya. Tidak sangka di akhir program, saya yang menangis teresak-esak.

Saya diajar kembali menjadi hamba. Mengenal apa itu Rabb. Mengenal apa itu Ilah.

Saya diajar untuk kembali mengingat tujuan hidup. Nilai ibadah. Persepsi diri.

Sungguh tidak sia-sia masa yang dihabiskan dalam bengkel tersebut.

Tarbiyyah Allah ada di mana-mana dan bersyukurlah kita terpilih di kalangan hambaNya yang mendapat tarbiyyah.

2 comments:

ف.ر. said...

pohon yang berdiri teguh dan gagah tentunya mempunyai akar yang juga teguh. Akar-akar ini tidak nampak. Adanya tertanam di dalam tanah, tapi dari pohon, kita tahu akar.


Pohon yg terputus dari akar, tidak akn pernah dpt tumbuh. Pohon yg akar lemah pula akan tumbuh, tapi keadaannya seperti hidup segan, mati tak mahu..

Samalah dgn kita sebagai hamba ya ukhti.

Pergi mana pun, tinggi mana pun, kita ni perlu selalu 'go back to the roots', balik pada asal, balik pada akar.

Fa

Nawal Insyirah said...

yes.. agree..

kita mudah lupa asal kejadian kita & peranan kita di muka bumi..

dan bila dapat masuk bengkel/seminar/ceramah yang menyentuh tentang nie, dapat disedarkan semula tanggungjawab kita..