pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, May 20, 2012

lebih dari biasa

Bismillah

Alhamdulillah, selesai sudah mukhayyam Fitrah 2012 pada hari ini. Sayangnya saya tidak dapat menyertai aktiviti-aktiviti lasak yang disediakan. Saya terpaksa membuat pilihan, sama ada pergi ke mukhayyam awal dan terlepas peluang untuk mendaftarkan diri untuk sambung belajar ke peringkat sarjana atau sebaliknya. Inilah yang dinamakan 'kos lepas'. (Tiba-tiba nak gunakan terma ekonomi pula)

Walaupun saya dapat turut serta hanya satu aktiviti malam semalam, ia cukup untuk membuatkan saya rindu untuk kembali ke mukhayyam. Kami telah menjalani Taqwa Night Walk, yang mana para peserta disuruh berjalan sambil menutup mata. Aktiviti ini telah mendidik kami untuk mempercayai ketua kami. Namun yang paling penting ialah nilai kebergantungan kami kepada Allah. Apabila nikmat melihat telah 'ditarik', apakah kami akan percaya bahawa Allah akan membantu kami dalam perjalanan?

Para panel untuk forum pagi tadi pula telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka sepanjang mereka berada dalam tarbiyyah. Salah seorang mereka berkata, akhawat tarbiyah itu bukan wanita yang biasa-biasa. Pemikirannya lebih dari biasa. Akhlaknya lebih dari biasa. Semangatnya lebih dari biasa. Semua apa yang dia buat adalah lebih dari biasa.

Ayat itu memakan dalam. Menggembirakan tapi pada masa yang sama memilukan.

Bila kita menjadi lebih dari biasa, tentunya ganjarannya juga luarbiasa. Gembira hati bila memikirkannya.

Pilu pula kerana saya seakan-akan terpisah daripada teman-teman.

Tapi itu semua alasan.

Jika saya mahu tetap gembira dengan teman-teman, mudah sahaja caranya. Ajaklah mereka di jalan yang sama.

Allah, beriku kekuatan untukku ajak mereka bersama di jalan dakwah dan tarbiyyah ini~

3 comments:

ف.ر. said...

Salam ukhti dhiya yang dirindui,

:)

Kiranya awak dah buat keputusan ya? Kiranya awak sambung belajar ya? phD ya ukhti?

:)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

SubhanaAllah, kite rasa gembira sgt untuk awak dhiya..

Mudah-mudahan awak berjaya sampai selesai semuanya nanti..

im very proud of u my dearest ukhti :)

Moga-moga Allah berikan awk ilham setiap hari dan permudahkan urusan awk..

Moga Allah jadikan awk satu hari nanti org yg hebat, tidak lain untuk agama dan bangsa kita juga..

amin amin amin..

*hugs Dhiya*

Fa

Nawal Insyirah said...

Alhamdulillah..

Allah yang gerakkan hati & bulatkan tekad untuk sambung..

Macam ana dulu selalu cakap, ana nak sambung belajar bukan untuk memuaskan hati orang lain..

doakan ana untuk siapkan proposal dalam masa terdekat nie, insyaAllah

ف.ر. said...

ana sentiasa doakan yg terbaik untuk anti..

:)

proposal mmg agak mencabar ya ukhti..reject 4/5 kali tu perkara biasa..penyelia tanya mcm2 mmg mestilah..hehe.. jadi apa pun, jgn down, tu adat org menuntut..jgn rasa diri teruk..hehe..semua org mcm tu kot..teruskan saja..yg penting keep going n yg penting, kene ada time rehat..n bebual2 dgn org jadi tk stress..hehe..ade masa kene duduk sorang betapa, ada masa kene dgn org..

take everything easy..inshaAllah everything will flow Prof Dhiya..:P

:)

Fa