pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Saturday, May 12, 2012

cintan-cintun

Bismillah

Hari ini saya mula mengajar di pusat tuisyen dengan jadual yang baru. Kelasku sebelum ini telah dibubarkan. Sedih juga ia dibubarkan kerana saya belum dapat mengorek potensi sebenar para pelajarnya. Mereka boleh belajar. Mereka cuma perlukan 'anjakan' yang kuat. Kini, ruang tersebut tiada lagi bagi mereka.

(Cikgu doakan adik-adik akan terus bersungguh-sungguh dalam pelajaran walaupun sudah tidak mengikuti tuisyen lagi.)

Saya mengajar tiga kelas pada hari ini. Semasa saya sedang berehat dan menanti jam 12.30 untuk masuk ke kelas yang ketiga, seorang pelajar tahun 4 telah mengajakku ke taman permainan di belakang masjid. Rupa-rupanya cikgu kelasnya mengadakan kelas di luar kerana tiada eletrik di masjid.

Sambil melihat telatah mereka bermain-main, saya berbual dengan seorang guru lain yang berada di situ. Cikgu tersebut menunjukkan saya ke arah dua pelajar, seorang lelaki dan seorang perempuan, dan berkata bahawa mereka sedang bercinta.

Aduh~

Nak ketawa pun ada, rasa sedih pun ada.

Kecil-kecil lagi mereka sudah mahu bercinta.

Zaman kanak-kanak adalah zaman untuk bersuka ria. No worries no woes.

Bukan zaman untuk bergelumang dengan masalah orang dewasa.

4 comments:

ف.ر. said...

Kdg2 rasa beruntg sbb seklh dulu semuanya muslimat..masuk u la baru kenal yg namanya lelaki..

Moga adik2 kte ni tahu nilai antara intan dn kaca..

Miga cikgu dhiya db terutama sekali ubu bapa bderkn kekuatn untk menegur dgn cara yg trbaik..

Fa

ف.ر. said...

*miga= moga. ubu= ibu.

Nawal Insyirah said...

alhamdulillah..
rasa beruntung juga walaupun sekolah campur2, tapi masih dijaga Allah :)

insyaAllah.. nak menegur biar macam menarik rambut di tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak..

ف.ر. said...

:)

Betul sgt ukhti Dhiya..
lengkap dengan peribahasa Melayu..

*thumbs up*

:)

Fa