pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Thursday, December 13, 2012

rezeki masing-masing

Bismillah

Semalam ukhti soghirah datang ke rumah. Sebenarnya saya menjemputnya ke majlis makan-makan sempena ulang tahun ibu dan adik. Oleh kerana kami kekurangan masa dan kakitangan untuk menyiapkan juadah, dia terpaksa menjadi bidan terjun di dapur.

Kami begitu sibuk semalam. Seakan tiada masa untuk berehat hatta untuk minum seteguk air. Kehadiran ukhti soghirah amat-amat membantu. Bila semua juadah telah tersedia, saya sempat berbual-bual dengannya. Antara yang dia kongsikan semalam yang menjadi penawar hati pada hari ini ialah tentang rezeki.

Saya berasa hairan, mengapa hingga kini saya masih belum mendapat pekerjaan? Antara tujuan saya kembali ke tanah air ialah untuk bekerja dan membantu mengurangkan beban ibu sekaligus menyumbang kepada pendapatan keluarga. Hampa.. Saya masih lagi menanam anggur. Saya rasa seolah-olah memang bukan rezeki saya di sini. Dalam pada itu, tarikan negara jiran semakin kuat.

Hari ini, saya mendapat tahu tiga orang teman saya akan bertukar kerja ke syarikat yang baru. Saya sedikit terkilan, mengapa mudah sangat bagi teman-teman saya mendapat kerja sedangkan pencapaian akademik saya lebih baik dari mereka?

Soal rezeki bukan di tangan kita, kan? Berkali-kali saya harus mengingatkan diri saya apabila saya terfikir begitu... rezeki itu Allah yang tetapkan.

1 comment:

ف.ر. said...

Alhamdulillah..

syukran ya ukhti jemput kita..
paling best semalam dapat jumpa ibu awk yg dah lama rasanya tak jumpa..dgn kak Mardhiya yg mencuit hati..dgn awk sekali tentunya..hehe..

kita enjoy tolong awk bertiga Ibu, Kakak dan Adik (awk) kat dapur :)

dan semalam, kita suka tengok Muhiyuddin dgn uniform dia. dah jadi abg2. nampak bertanggungjawab n sayang ibu dia. Alhamdulillah :)

dan kita pun suka tengok semalam Abdul Kadirnya dan kawan2..teringat anak2 murid..moga2 kita dan mereka semua sentiasa diberikan hati yang suka kebaikan dan ingin untuk jadi baik..amin..:)

insyaAllah, moga ada rezeki awk ya..mungkin perlu belajar lagi di sana, mungkin perlu cari lagi di sini..usaha dan doa ya..moga dipermudahkanNya :)

kirim salam fa pada Ibu dan kak Mardhiyah :)

sekali lagi ya ukhti, syukran jemput..

fa