Bismillah
Tarikh tersebut telah datang dan pergi. Bila lagi kan nak ketemu tarikh seperti itu? 'Ala kulli hal, alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas dan melalui tarikh yang cantik ini. Alhamdulillah atas kelancaran majlis makan-makan semalam.
Semalam merupakan kali pertama saya menganjurkan majlis makan-makan yang mana saya menyiapkan sendiri juadahnya. Rumah terbuka sempena aidilfitri juga tidak terasa sesibuk dan sepenat semalam.
Adik beria-ia mahu mengadakan majlis makan-makan sempena ulang tahunnya yang ke-16. Katanya sweet 16 dan pada masa yang sama, tarikhnya unik. Kami sekeluarga selalunya akan makan di luar atau membuat tempahan untuk menyambut ulang tahun kami. Tapi adik mahu mengajak teman-temannya berkongsi hari bahagianya, oleh itu kami ikutkan juga. Sebenarnya agak seronok juga berbincang dan membuat pelan untuk majlis ini.
Alhamdulillah majlis dapat berjalan dengan lancar. Jazakillah khair kepada ukhti soghirah yang banyak membantu di belakang tabir.
Saya berasa gembira kerana dapat mengenali beberapa orang temannya. Sekurang-kurangnya, dapat saya ketahui dia berkawan dengan siapa dan bagaiman perwatakan mereka.
2 comments:
Ini sudah masuk kali ke berapa, kita pun sudah tidak tahu, awk ucap jazakillah pada kita..hehe..
padahal kita sekadar buat apa je..
:)
tu namanya org Melayu,
org berbudi, kita berbahasa ya?
Alhamdulillah thummal hamdulillah..
moga Allah bukakan hati kita semua dan bangsa kita, saudara2 kita, org2 Melayu dengan adab2 ajaranNya dan RasulNya..amin..
alangkah indahnya hidup berbudi, berbahasa dan beradab..semuanya ajaran agama org Melayu, Islam yang dijunjung dan disanjung :)
fa
memang indah~
:)
Post a Comment