pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Saturday, December 15, 2012

a whole new dimension

Bismillah

I have heard and read about this a lot of time but yesterday, the realization hit me hard. Suddenly, I'm thinking about this in a whole new dimension.

I know that when a girl got married, the responsibilities shifted from her parents to her husband. She must obey her husband first after Allah. Jannah will be waiting for her. Parents come second. Whatever her husband wishes for her, as long as it is not against the shariah, she must comply to it. This does not pose a problem for me. I've been a good daughter for as long as I live (ehem.. most of the time).

The thing is, I might get married to someone who is not from my hometown (macam ye ye je) and my in-laws would be less thrilled to leave the place where they have toiled years and years.

Okay, I still have no problem with that.

The problem is I don't want to live apart from my mother. My mother too would be less thrilled to leave Singapore as my father was buried here. My mother wanted to have the same final resting place as my father.

Woah! Suddenly, this become too hard a question for me to think about. Well, actually, I don't need to think about this anytime soon. I'm sure things will go with the flow when the time comes.

Thursday, December 13, 2012

12.12.12

Bismillah

Tarikh tersebut telah datang dan pergi. Bila lagi kan nak ketemu tarikh seperti itu? 'Ala kulli hal, alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas dan melalui tarikh yang cantik ini. Alhamdulillah atas kelancaran majlis makan-makan semalam.

Semalam merupakan kali pertama saya menganjurkan majlis makan-makan yang mana saya menyiapkan sendiri juadahnya. Rumah terbuka sempena aidilfitri juga tidak terasa sesibuk dan sepenat semalam.

Adik beria-ia mahu mengadakan majlis makan-makan sempena ulang tahunnya yang ke-16. Katanya sweet 16 dan pada masa yang sama, tarikhnya unik. Kami sekeluarga selalunya akan makan di luar atau membuat tempahan untuk menyambut ulang tahun kami. Tapi adik mahu mengajak teman-temannya berkongsi hari bahagianya, oleh itu kami ikutkan juga. Sebenarnya agak seronok juga berbincang dan membuat pelan untuk majlis ini.

Alhamdulillah majlis dapat berjalan dengan lancar. Jazakillah khair kepada ukhti soghirah yang banyak membantu di belakang tabir.

Saya berasa gembira kerana dapat mengenali beberapa orang temannya. Sekurang-kurangnya, dapat saya ketahui dia berkawan dengan siapa dan bagaiman perwatakan mereka.

rezeki masing-masing

Bismillah

Semalam ukhti soghirah datang ke rumah. Sebenarnya saya menjemputnya ke majlis makan-makan sempena ulang tahun ibu dan adik. Oleh kerana kami kekurangan masa dan kakitangan untuk menyiapkan juadah, dia terpaksa menjadi bidan terjun di dapur.

Kami begitu sibuk semalam. Seakan tiada masa untuk berehat hatta untuk minum seteguk air. Kehadiran ukhti soghirah amat-amat membantu. Bila semua juadah telah tersedia, saya sempat berbual-bual dengannya. Antara yang dia kongsikan semalam yang menjadi penawar hati pada hari ini ialah tentang rezeki.

Saya berasa hairan, mengapa hingga kini saya masih belum mendapat pekerjaan? Antara tujuan saya kembali ke tanah air ialah untuk bekerja dan membantu mengurangkan beban ibu sekaligus menyumbang kepada pendapatan keluarga. Hampa.. Saya masih lagi menanam anggur. Saya rasa seolah-olah memang bukan rezeki saya di sini. Dalam pada itu, tarikan negara jiran semakin kuat.

Hari ini, saya mendapat tahu tiga orang teman saya akan bertukar kerja ke syarikat yang baru. Saya sedikit terkilan, mengapa mudah sangat bagi teman-teman saya mendapat kerja sedangkan pencapaian akademik saya lebih baik dari mereka?

Soal rezeki bukan di tangan kita, kan? Berkali-kali saya harus mengingatkan diri saya apabila saya terfikir begitu... rezeki itu Allah yang tetapkan.

Monday, December 3, 2012

antara dua negara

Bismillah

Hati saya berbelah bagi.. Adakah saya harus terus menetap di Singapura, menyambung pelajaran dan bekerja sambilan di sini.. ataupun kembali belajar dan bekerja di Malaysia?

Ibu sudah bercadang untuk berhenti kerja di sebelah petang kerana tidak tahan dengan beban kerjanya. Pendapatan rumah akan berkurangan sedikit. Saya menyokong keputusan ibu. Sebagai anak, saya terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab saya untuk menyumbang kepada pendapatan keluarga. Kerja terpaksa menjadi tujuan utama saya terus berada di Singapura.

Pada masa yang sama, saya rindukan suasana di Malaysia. Separuh hati saya telah saya serahkan kepada negara itu. Saya rindu untuk pergi ke majlis-majlis ilmu dan duduk satu bulatan bersama para akhawat.

Hari-hari memikirkan perkara ini telah membuat saya lelah.