pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Wednesday, November 24, 2010

bicara kata~

Bismillah..

Entah mengapa, sejak kebelakangan ini, aku sering terasa hati.. menjadi sensitif, tapi sedaya upaya menyembunyikan perasaan sebenar..

Aku senyum.. kena: "Apa senyum-senyum.."
Aku bilang mahu duduk di dalam satu bilik yang sama.. kena: "Pegi bilik sendiri, jangan duduk kat sini la.."

Apakah mereka tidak puas hati denganku?

Atau sebab aku pun kadang-kadang bergurau seperti itu, mereka memulangkan balik paku buah keras padaku?

Entahlah.. bila terkena, memang rasa macam nak 'meletup' saja on the spot.. tapi bila teringatkan bahawa tak lama lagi kita akan berpisah, membawa haluan masing-masing untuk Latihan Industri nanti, aku hapuskan saja..

Lagipun, aku rasa, bila aku marah..

Syaitan suka..

Bila aku berdendam..

Syaitan bertepuk ria..

Takkan nak kasi syaitan puas hati? Cuma-cuma saja.. tak mahulah kan!?

Hal ini juga mengingatkan aku supaya menjaga lisan.. jaga lisan, jaga lisan & jaga lisan... Biar diingatkan berkali-kali...

Lisan yang terbit daripada pergerakan anggota yang paling lembut tapi yang paling tajam.. kena jaga betul-betul..

Lebih baik berdiam (jika tiada keperluan) daripada berbicara~

Wallahu 'ala wa 'alam...

hamba Allah itu..

Bismillah..

Bila hati sudah suka, apa pun nampak cantik sahaja kan.. kalau boleh setiap hari nak memandangnya, setiap hari nak menatapnya.. hati jadi suka, berbunga-bunga~

Kemudian muhasabah kembali.. kalau si dia.. setiap kali buka laman web facebook, pasti akan melawat pagenya.. TAPI... kadang-kadang (atau lebih kepada selalunya), sedang kita berzikir, sedang kita membaca al-Quran, susah nak 'hadirkan' Allah dalam zikir dan bacaan kita..

Hamba Allah itu memang baik.. melihat pagenya bukan saja-saja, walaupun kadang kala atas alasan nak tahu perkembangan tentangnya.. sebab yang lain juga, pagenya membuat aku bersemangat untuk memperjuangkan Islam (tapi mungkin, jalan perjuangan kita berbeza).. pagenya membuatku ingin memperbaiki diri.. pagenya membuatku memikirkan tentang masalah umat dan menyedarkan aku atas amanah dan tanggungjawabku dalam mengatasi masalah yang dihadapi..

Teringat juga kata-kata temanku.. aku mahu jadi orang yang bagaimana?

"nak jadi seseorang yang bila mereka lihat.. mereka teringat Allah.. mereka teringat akan pahala dan dosa.. mereka teringat tentang hari pembalasan.. mereka merasa insaf..

ATAU

nak jadi seseorang yang bila dilihat.. yang nampak hanya keseronokan duniawi semata.. yang membawa kepada jalan kemungkaran.. yang akan mengheret kita ke neraka.."

temanku juga pernah bercerita (aw kama qaalat):

"dulu tak suka kalau ada orang-orang tepi jalan tegur.. nampak saya saja, nyanyi lagu nasyid.. tapi sekarang saya sedar, sekurang-kurangnya dalam beberapa saat itu, mereka teringat Allah.."

saya pun dulu tak suka.. tapi bila dengar cerita kawan saya, baru saya rasa, paling minimum pun, saya dapat menyumbang ke arah kebaikan.. membuat mereka 'mahu' jadi 'baik'..."

kalau hamba Allah itu dapat membuatku, dan insyaAllah yang lain juga, beraspirasi untuk menjadi muslim & muslimah yang lebih baik kerana Allah.. aku juga mahu jadi begitu.. pamerkan dan promosikan yang baik dalam peribadiku, dan kemudian berdoa dengan izin Allah,semoga mereka akan berubah ke arah kebaikan..

hidayah itu milik Allah.. aku sebagai perantaraan, hanya bisa usaha sedaya dan sebaik mungkin..

Ya Allah, aku berlindung dengan namaMu dari sifat 'ujub dan riya'.. biarlah usahaku ini semata-mata keranaMu ya Allah.. tiada lain hanyalah diriMu ya Allah.. jadikanlah niatku, niat yang ikhlas untuk membantu menyebarkan syiar Islam, agamaMu ya Allah~


disiplin masa

Bismillah

Baru-baru ini, saya telah mendapat anugerah pelajar paling berdisiplin.. Ya Allah, saya rasa sungguh tak layak..saya sangat kenal dengan diri saya. Saya bukan seorang yang sangat berdisiplin. Dalam banyak perkara, sedihnya, saya seorang yang boleh dikategorikan sebagai seorang pemalas.

Hal ini sangat ketara dalam aktiviti solat saya. Allah, kalau waktu-waktu solat yang lain, senang untuk saya lakukan.. tapi kalau solat isyak, astaghfirullah.. liat, malas, suka lewat-lewatkan.. kononnya, nak ikut kata-kata: solat isyak lewat sikit adalah lebih afdhal..

Jadi saya tanamkan azam. Selalu saya minta itu, ini.. macam-macam kat Allah. Dapat. Yang tak diminta pun Allah bagi. Cuma-cuma. Takkan satu ini saya tak boleh nak buat. Awalkan waktu solat. Kalau tak mampu bersedia sebelum azan lagi atau sebaik sahaja azan selesai, cubalah dulu solat pada awal waktu, jangan tunggu sampai penghujung 10 minit terakhir ke..

Ada kata-kata dari seorang ukhti: "Kalau nak tahu disiplin atau tidak seseorang itu, lihat pada solatnya".

Solat adalah pelajaran yang paling efektif bagi mengetahui erti disiplin. Orang yang menjaga waktu solatnya, disiplin itu mudah baginya.

Jadi kalau saya nak jadi pelajar, anak, pekerja (insyaAllah) dan yang paling penting hamba yang berdisiplin, yang pertama dan utama, saya kena jaga solat saya..

Betul ni, tak tipu.. tak main-main..


..disiplin masa itu takkan dapat dicapai jika seseorang itu masih lagi tidak mampu menunaikan solat di awal waktu..

*Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang menjaga waktu solatnya*

Wallahu 'ala wa 'alam...

Saturday, November 20, 2010

jodohku?

Bismillah..

Alhamdulillah, tiba-tiba ada kelapangan dan idea untuk menulis.. :)

Perkara yang seringkali hadir di bibir anak muda.. pastinya, hal jodoh dan perkahwinan. Aku juga tidak terlepas dari memperkatakan dan membincangkan perkara ini. Bisa dikatakan sebagai topik yang bertepatan dengan jiwa anak muda~

Namun, jika hal ini dibawa berbincang dengan ibu, aku jadi malu.. segan dengan ibu..

Sebenarnya, idea tercetus apabila mak cikku berkongsi cerita bagaimana dia berjumpa dengan suaminya. Tidak memakan masa yang lama pun.. dan pada ketika itu, pak cikku sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga..

Aku juga inginkan pertemuan yang serba ringkas.. bebas dari fitnah, bebas daripada pergaulan yang tidak terbatas, bebas dari angan-angan yang melalaikan.. apabila dia telah benar-benar bersedia dan lengkap dalam segala aspek, dia datang berjumpa keluarga dan meminangku..

Diri ini terasa juga apabila melihat seorang demi seorang kawan yang telah menjejakkan kaki mereka ke alam lain... alam rumahtangga.. aku sedar, ia bukan suatu alam fantasi, alam mimpi yang penuh dengan keindahan.. tapi hakikatnya, dalam kesusahan hidup bersama, itulah keindahan dan kebahagian yang sebenarnya..

Dan aku juga sedar, pantaskah aku menjadi suri seorang hambaNya jika aku masih lagi dipalit dosa-dosa? Masih lagi tidak bisa menyempurnakan diri? Masih lagi lemah? Jika aku lemah, bagaimana aku boleh menguatkan mujahid di jalanNya? Bagaimana aku boleh mendidik generasi hadapan supaya mereka menjadi generasi yang kuat akidahnya dan mantap ibadahnya?

Mungkin juga Allah menahan jodohku pada ketika ini kerana Allah nak beri aku peluang untuk aku perbaiki diri dahulu.. langsaikan hutang-hutangku dahulu, biar nanti bila ku berjumpa dengan imamku, ku datang dalam keadaan yang benar-benar suci, yang terbaik buatnya kerana Allah~

Dan kini, aku serahkan urusanku kepadaNya.. kerana Dialah sebaik-baik pengatur urusan hidup manusia..

Wallahu 'ala wa 'alam...