pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, July 26, 2009

garden of knowledge

Bismillah

Alhamdulillah, syukur rasanye dapat menjejakkan kaki ke universiti. Tempat yang tidak pernah lekang dengan ilmu. Tempat yang mana orang berkumpul, mengejar ilmu. Tempat yang sering dijadikan tempat majlis-majlis ilmu. Rasanya kehidupan sebagai seorang pelajar banyak faedah dan manfaatnya, terutama sekali kalau nak dapatkan maklumat tentang majlis-majlis ilmu. Nikmat betul...

Allah nak permudahkan perjalanan hamba-hambaNya yang nak tuntut ilmu. Digerakkan hati para penganjur adakan majlis ilmu dalam universiti. Dipermudahkan perjalanan para pendakwah yang datang dari luar negara. Dilembutkan hati hamba-hambaNya untuk meraikan majlis-majlis ilmu.

Banyak pengajaran dan pelajaran yang dapat diraih dari setiap majlis yang diikuti. Dan semakin jelas matlamat kehidupan seorang hamba yang bergelar muslim. Moga-moga setiap yang disampaikan terpahat dalam hati, bukan hanya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Tapi hambaMu ini masih lemah ya Allah. Sesungguhnya diri ini masih lagi kerdil dengan ilmu yang diperolehi. Kuatkanlah dan cekalkanlah hati hambaMu ini ya Allah. Amiin.



No comments: