pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Wednesday, September 21, 2011

emosi

Bismillah

Senangnya hati gadis itu rasa tersentuh. Mudah juga mata gadis itu mengalir. Tak kira lah, gembira ke, sedih ke, marah ke, terasa hati ke... emosi gadis itu memang cepat berubah.

Beberapa minggu yang lepas, gadis itu telah mengharungi detik-detik yang amat menyesakkan hati. Fikirannya runsing, jiwanya gundah-gulana. Rasa tak tertahan diri diuji.

Sebenarnya, semakin Allah nak meninggikan darjat seseorang, memang tidak boleh tidak, dia akan diuji. Semakin tinggi darjat yang akan diangkat, semakin hebat ujian yang diberi. Bukan kerana Allah tak sayang...

Hanya apabila dipujuk hatinya dengan janji Allah, diletak tepi masalah yang dihadapi & diberi kata-kata semangat daripada teman-teman di sisi, barulah gadis itu rasa dia dapat bangkit kembali. Perkara ini pasti akan berulang di masa hadapan. Jika dia gagal untuk bangun hari ini, mana mungkin dia akan melihat hari esok.

Ujian pasti akan bertandang lagi & emosi pasti akan kacau nanti. Apapun, yang penting kena lalui dahulu hari ini~

surat cinta daripada Umar Mukhsin

Bismillah

Setelah berbulan-bulan 'dia' berkias, akhirnya hari ini ku terima juga surat cinta'nya'.

Dahulu, surat itu yang ku tunggu-tunggu. Saban hari terfikir-fikir. Walaupun ibu berat menerima pada awalnya, aku selalu memujuk ibu, biar ibu setuju dengan kemahuanku.

Tapi kini hatiku seperti berbelah bagi. Berfikir dua, tiga, seratus kali.

Kenapa berubah?

Mungkin ku terjumpa cinta yang lain.

Tuesday, September 20, 2011

permata ayah ibu

Bismillah

Tak sabar nak jadi seorang ibu. Nak ada anak sendiri untuk dipeluk cium. Menjadi seorang ibu ada kebahagiaannya tersendiri kan.

Masa mengandungkan, melahirkan & membesarkan seorang anak adalah waktu-waktu yang terindah bagi seorang ibu. Rasa penat, sakit, tidak selesa & perubahan hormon yang mendadak semasa membawa kandungan selama 9 bulan tidak dihiraukan. Hanya memikirkan anak di dalam kandungan agar sihat & membesar dengan sempurna. Biarpun akan bertarung nyawa semasa melahirkan anak, ibu tidak peduli. Biar anaknya hidup walau dirinya menjadi korban. Dalam membesarkan anak, ibu akan menghadapi keperitan hidup yang selalu disembunyikan. Biar ibu menangis dalam diam, anak tidak perlu tahu.

Sabtu lalu, aku mendapat peluang menjadi 'ibu' sementara. Melayan kanak-kanak berumur 2 & 7 tahun. Seorang anak yang kepala angin & seorang anak yang suka bertanya. Memang mencabar nak melayan dengan sabar. Nak menjadi ibu bukan sahaja perlu ada sifat kasih sayang kepada anak-anaknya, tetapi kena bijak juga menghadapi kerenah mereka supaya ibu dan anak-anak tidak akan berasa tertekan.

Peranan seorang ibu memang tidak mudah, tetapi apabila seorang ibu berjaya menjalankan peranannya dengan baik & sempurna, ganjarannya sangat manis~

p/s: terima kasih teman kerana berikan peluang ini.. ^_^

ingin kembali lagi...

Bismillah

Benarlah ciptaan Allah sangat agung. Tempat & orang yang bukan kebiasaan kita, bisa menjadi terbiasa dengan izinNya. Walaupun hanya dua bulan tempoh bersama, tapi perpisahan kian terasa. Rindu semakin menggebu. Sehingga terbawa-bawa ke mimpi. Sungguh besar nikmat yang Allah berikan biar hanya sekejap cuma.

Lanzhou, China. Tempat yang seringkali disebut-sebut, walau kadangkala tanpa suara.

Indahnya ukhuwwah Islamiyyah yang kita jalinkan, sehingga perbezaan rupa, bahasa & budaya bukan suatu masalah bagi kita. Biarpun kami hanya bertujuh di bumi asing, namun kami tidak pernah rasa terpinggir. Mulianya hati mereka, menerima kami dengan hati & tangan yang dibuka seluas-luasnya.

Bagaimana untuk ku tak rindu?

bercinta hingga ke syurga~




Bismillah

Dua kali terlihat situasi seperti di atas. Seorang pak cik yang sudah tua sedang menyorong isterinya. Disorong isterinya dengan penuh hati-hati, dengan penuh cermat, agar tidak berlaku sebarang kemalangan ke atas isterinya jika sorongannya tidak betul.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar~

Cinta mereka cinta yang suci. Cinta yang tetap mekar. Walaupun sang isteri sudah pudar cantiknya dan sang suami pula sudah hilang kegagahannya, cinta mereka tetap utuh sehingga ke hujung nyawa.

Inilah bukti kecintaan mereka yang berpaksikan cinta kepadaNya. Bukan hanya kerana nafsu semata, bukan seperti cinta anak-anak remaja sekarang.

Aku juga ingin bercinta dengan bakal suamiku seperti pak cik & isterinya itu. Cinta yang akan membawa kita ke syurgaNya kerana tunggak cinta kita adalah Dia, Allah~

Friday, September 16, 2011

common sense lah!

Bismillah

I remembered reading an article by Ustaz Hasrizal about the lack of common sense in the youth community today. This is so true when I see the happenings around me. My brothers, for example, sometimes just get on my nerves because they do things or ask about something that they should have known by themselves, aka using their common sense.

Then I realised, I too, lack common sense in certain things. I ranted about people not using their common sense, but I forgot to look at a smaller scale, which is at myself.

People tend to look at others' mistakes but easily forgives theirs. Just like a Malay saying goes, "Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak" (I hope I do get the underlying meaning correct)

Monday, September 12, 2011

yang terpilih

Bismillah

Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu peluang untuk seseorang bertaubat akan terbuka luas. Jahat, bukan selamanya jahat. Baik, biarlah selamanya baik.

SubhanAllah, sekarang ini, banyak kita lihat orang-orang yang terkenal kembali kepada fitrah, kembali kepada ajaran & amalan Islam yang sebenar. Allah masih menyayangi mereka, Allah masih memilih mereka untuk berada di jalanNya. Untungnya.. terpilih oleh Kekasih Agung~

Biarpun hidayah itu milik Allah, jangan lupa, kita juga mempunyai peranan sebagai khalifah. Mengajak kepada yang ma'ruf, mencegah daripada yang mungkar.

Kita juga mengharap agar menjadi insan yang terpilih olehNya~

"Sins need to be burnt, either with the pain of regret in this world or with the fire of hell in the hereafter" - Ibn ul-Qayyim

Lebih baik bertaubat di dunia yang sementara daripada menghadapi seksaNya seumur hidup kita di sana~

Friday, September 9, 2011

kerana cinta

Bismillah

kerana cinta
semua nampak indah belaka
apa yang ditulis semuanya kita suka
apa yang dibuat semua kita rela
dia berjenaka, kita ketawa
dia marah, kita senyap tanpa bicara
tak kisahlah walau berkali-kali terluka
tak apalah walau terseksa jiwa raga

tapi satu jangan lupa
hidup kita dijaga mata-mata
kiri dan kanan menulis nota
nanti report kat Maha Esa
tak pernah sekali mereka terleka
sekali tersilap langkah kita
bisa terjerumus ke lembah neraka
masa tu say goodbye je la kat syurga
memang tak dapat la rasa nikmatnya
orang lain happy gembira kat sana
kita tanggunglah azab seksaNya
na'uzubillah

dari itu, moh la kita
biarpun kita memang sangat-sangat suka
asyik terkenang-kenang si dia
di dalam tidur & di kala jaga
sama-sama kita menjaga cinta
agar tidak mengundang murkaNya
kerana hidup di dunia sekali cuma
tapi hidup di akhirat kekal selamanya