pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Monday, January 2, 2012

'aku bukan tomboy'

Bismillah

Kadangkala bila dihadapkan dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar, jadi tak tahu bagaimana nak tackle. Tapi kalau tak bantu dia, risau pula lain jadinya.

Masa kecil-kecil dahulu, pernah juga terdetik dalam hati saya nak menjadi tomboy. Tak suka rambut panjang. Tak nak pakai skirt atau dress. Tak suka warna merah jambu. Tapi tak pernah pula fikir menjadi tomboy tu juga bermaksud menjadi seseorang yang menolak fitrah wanita sepenuhnya. Dalam erti kata lain, menolak fitrah untuk menyukai lelaki. Se'tomboy-tomboy' saya pun, saya masih mempunyai perasaan terhadap kaum Adam. (kecik-kecik pun da gatai noh..)

Kini aku dihadapkan dengan seorang adik yang mempunyai kecenderungan untuk menjadi tomboy. Kasihan juga kerana dia telah 'dibasuh' olehku, tapi aku fikir ada baiknya aku memberi kesedaran kepadanya selagi aku masih berkesempatan dan sebelum dia tersasar jauh. Semoga Allah membuka pintu hatinya, amiin~~

No comments: