Alhamdulillah.. dapat juga menghabiskan membaca satu novel setelah sekian lama 'berpuasa'..
Kalau pandang sekilas, pasti tak nak beli novel tu.. sebab rasa macam novel cinta-cintun biasa.. novel ala-ala Alaf 21 (maaf ya, tiada maksud apa-apa)
Tapi setelah dua tiga kali pandang, sebenarnya Jaja & Din banyak menyampaikan mesej yang tersirat. Inilah yang dimaksudkan dengan pepatah Inggeris: "Don't judge a book by its cover".
Mesej pertama:
Semua orang sebenarnya mengikut fitrah. Semua mahukan perkara-perkara yang baik. Siapa yang mahu perkara-perkara yang buruk, yang jelek, yang negatif kan? Dalam mencari pasangan pun begitu juga. Betapa 'jahat' sekalipun seseorang itu, bila bab mencari pasangan, pasti mahu yang baik-baik belaka. Yang lelaki pasti mencari seorang 'ustazah' yang boleh membimbing zuriatnya dengan baik. Yang wanita pula mencari 'imam' dan ketua keluarga yang akan membawanya ke syurga.
Jodoh pertemuan itu telah Allah tetapkan. Tapi peranan doa jangan dilupakan.
Mesej kedua:
Jangan sombong dengan Allah. Sebab yang rugi itu kita. Allah tak terasa apa pun dengan kesombongan kita. Sebelum kita kembali kepadaNya, langsaikanlah hutang-hutang kita dengan Allah. Kita nak kembali kepada Allah dalam keadaan yang baik, sebagaimana Allah ciptakan kita dengan begitu sempurna sebelum kita dilahirkan.
Mesej ketiga:
Kalau hari ini kita baik, maka bersyukurlah dan berdoa. Mohon kepada Allah semoga ditetapkan iman, diistiqamahkan amalan. Kita tak mahu jadi mereka yang siangnya Islam, malamnya kafir.. siapa kata hal ini tidak boleh terjadi? Allah boleh membolak-balikkan hati kita kalau Dia mahu. Oleh itu, sentiasa berdoa, jangan pernah putus..
Mesej keempat:
Orang yang jahat itu tidak akan selamanya jahat. Malah, kadang-kala orang yang dikatakan jahat itu, apabila dia bertaubat, dia menjadi lebih baik daripada mereka yang sedia baik. Jangan pandang rendah terhadap mereka, tetapi sentiasa mengajak mereka ke arah kebaikan. Dakwah Islamiyyah harus tetap berjalan.
Banyak lagi mesej yang disampaikan penulis tapi tak dapat nak tulis semuanya. Mungkin juga ada yang terlepas pandang. Apa pun, saya memang amat mengesyorkan yang lain untuk membacanya. InsyaAllah, tak rugi kalau membeli. Anggaplah ia sebagai suatu saham akhirat, insyaAllah..
Wallahu 'ala wa 'alam
No comments:
Post a Comment