pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, April 5, 2009

Jalan Dakwah

Bismillah

Semenjak kepulangan aku dan teman-teman daripada kem latihan kepimpinan diri, kami seringkali berdepan dengan perkataan 'dakwah' dan 'islah'. Ya, dakwah itu suatu tuntutan ke atas semua muslim. Begitu juga islah. Alhamdulillah, perjalanan kami ke arah itu sentiasa di bawah petunjuknya.

Dakwah dan islah adalah dua entiti yang berbeza, namun saling berkait rapat. Dakwah mengajak golongan yang tidak tahu untuk mengetahui, sedangkan islah pula ialah mengajak golongan yang sudah mengetahui ke arah memperbaiki diri.

Allah s.w.t sentiasa membuka ruang untuk kami mempelajari lebih mengenai dakwah dan islah. Aku tahu dan aku sedar, semakin banyak yang aku ketahui dan pelajari, semakin berat tanggungjawab yang harus kupikul. Namun, itulah kehidupan seorang khalifah Allah. Kerana aku harus yakin, segala amal kebajikanku sekarang, semuanya akan dibalas setimpalnya. Walau harus kukorbankan masa untuk kepentingan ummah, namun semuanya akan diberi balasan yang baik insyaAllah...

Mungkin ku bisa bermadah saja. Tapi ku mohon, kata-kataku bisa dijadikan realiti. Aku tahu payah untuk diriku bersuara, namun aku harus gagahi jua. Kerna kesepianku takkan bisa membantu.

Jalan dakwah dan jalan islah penuh dengan cabaran. Lantaran itu ya Allah, kau berikan kami kekuatan. Kau tetapkanlah hati kami. Kau peliharalah iman kami. Amiin...

No comments: