pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Tuesday, April 14, 2009

Erti Hidup Pada Memberi

Bismillah

Buat ustaz Hasrizal, ana minta keizinan menggunakan slogan ustaz untuk post ana kali ini.

Sudah berkali-kali ku membaca artikel-artikel di blog saifulislam.com, namun slogan yang dianjurkan, iaitu 'erti hidup pada memberi' masih tidak dapat lagi ku garap. Aku masih tidak dapat menyelami maksud yang hendak disampaikan. Namun kini, aku lebih mengerti.

Hidup ini bukanlah untuk diri sendiri semata-mata. Manusia dicipta bukan untuk kepentingan dirinya sendiri, tetapi memerlukan satu sama lain untuk terus hidup. Seperti pepatah inggeris: "No man is an island". Di situ terletaknya tanggungjawab sosial. Dan di situlah terletaknya erti hidup pada memberi.

Begitulah yang ku rasakan sekarang. Aku seorang pelajar. Ilmu yang ku dapati bukanlah untuk diriku seorang, tetapi ilmu itu milik ramai. Andai aku mengetahui sesuatu yang lebih, ia merupakan tanggungjawab ke atas diriku untuk membantu teman-temanku.

Jika teman-temanku mempunyai masalah dalam pelajaran, dan bantuanku diperlukan, maka itu tanggungjawab ke atas diriku untuk membantu mereka. Ilmu yang ku dapat, hanya akan menjadi lebih bermakna apabila ia dikongsi ramai.

Oleh itu, aku tahu, masa yang digunakan untuk membantu teman-temanku bukanlah suatu pekerjaan yang sia-sia, malah banyak kebaikan yang ku bisa raih. Kini ku tahu hidupku, masaku, bukanlah hanya sekadar untuk kepentinganku, malah sebahagian hidupku ini adalah untuk kepentingan orang lain juga.

Wallahu 'ala wa 'alam...

No comments: