pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Saturday, October 11, 2008

adakah aku harus memberitahumu...?
adakah aku harus menjauhkan diri darinya...?

aku tidak mengerti
adakah silapku kerana berdiam diri...?

jika ya, katakanlah

kau pernah bertanya, adakah dia masih lagi menghubungiku...?
aku katakan tidak...kerana yang kudengar ialah jam 2/3 pagi...
tapi jika yang kau maksudkan ialah bila2 masa saja
ya, kita masih lagi berhubungan

dia seringkali meminta bantuanku
menterjemahkan nota-nota inggeris

aku sudah malas hendak bertanya
mengapa aku juga yang dimintanya
sedangkan ramai lagi yang boleh menolongnya

dan aku mengaku
kadangkala
kita mungkin kecundang dari berhubung tentang soal pelajaran
tapi aku cuba
seboleh-bolehnya menepis semuanya

andai dengan perbuatanku ini
sama seperti menipu dirimu
aku minta maaf
walaupun aku pasti maaf ini tidak cukup...

mungkin juga telah menghakis lagi kepercayaanmu padaku
aku sedar, semua ini berpunca dariku
dan aku jugalah yang harus menganggung akibat perbuatanku


No comments: