pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Monday, January 17, 2011

:(

Bismillah

Aku cuba untuk tidak bersedih, Tapi masakan tidak.. kata-katanya tajam menikam, walaupun tidak dinyatakan untuk ditujukan kepada sesiapa..

Aku mahu jadi luarbiasa.. luarbiasa amalannya, luarbiasa imannya, luarbiasa akhlaknya..
luar daripada kebiasaan orang-orang yang tidak memahami dan menghayati Islam.. salahkah?

Tuduhan sebegitu sekali kah yang patut dilemparkan kepada seseorang yang mahu menjadi yang luarbiasa, bukan yang biasa, seperti aku?

Apakah aku tiada maruah dan nilai?

Allah. Allah. Allah.
Biarlah..
Biarlah..

Allah lebih mengetahui.. Pandangan Allah itu lebih penting..

Memang aku manusia yang tidak terlepas dari dosa.. banyak cacat dan cela.. untuk menjadi hambaNya yang luarbiasa mungkin akan mengambil seluruh nyawaku, tapi ku cuba untuk tidak mengalah..

Biarlah manusia nak kata apa..

Wallahu a'la wa a'lam..

Wednesday, January 12, 2011

bintang hatiku

Bismillah

Berapa kali sudah ku menafikannya, tapi ia tetap hadir.. kerana aku tidak dapat menemui titik persamaan antara kita.. kini, seperti jurang perbezaan itu semakin membesar.. sedihkah? terkilankah? entah, aku sendiri tidak pasti apa definisi perasaan ku dengan situasi sekarang..

Dia.. yang membuatku tidak faham akan diri sendiri..


Dia,
Adalah sebuah bintang
Yang mengerlip indah di kejauhan
Cantik dipandang, tapi tak bisa kugapai

Dan aku,
Menatapnya dalam kerinduan
Hanya mampu mengungkap madah
Namun luahanku tiada kedengaran

Dia,
Bersama-sama teman bintangnya
Berkelipan di langit malam yang indah

Dan aku,
Hanya seorang manusia
Terjelopok sendirian di tanah

Wallahu a'la wa a'lam..