pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Friday, November 27, 2009

bersediakah aku..?

Bismillah

Semasa membaca al-Quran semalam, aku terjumpa satu ayat yang menusuk qalbu. Adakah aku telah bersiap sedia? Sudah cukupkah bekalan aku untuk ke sana? Sedangkan ia akan datang tanpa ku sedar...

Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (yaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila Kiamat sudah datang? (Surah Muhammad:18)

Diri ini masih banyak lagi yang kena perbaiki. Masih harus sentiasa baiki hati, tingkatkan iman, elakkan kemalasan..

Aku sekarang sedang membaca surah-surah terakhir sebelum beralih ke juz 30, dan aku dapati surah-surah terakhir ini banyak berkisar tentang Yaum Qiyamah, dan kisah-kisah umat terdahulu yang mengingkari perintah Allah s.w.t serta azab yang telah diturunkan ke atas mereka.

Astaghfirullah, gerun aku membacanya. Sesungguhnya umat ini sangat beruntung, kerana walaupun di zaman ini banyak maksiat yang berlaku, namun kita masih lagi dilindungiNya, kita masih lagi punya waktu untuk bertaubat. Kita tidak dikenakan azab serta-merta walaupun maksiat dilakukan secara terang-terangan.

Ya Allah, betapa Kau menyayangi hamba-hambaMu... Ya Rasulullah, sesungguhnya begitu dalam rasa kasihmu kepada umatmu...

Tak sepadan kasih sayang Allah s.w.t dan rasulNya kepadaku dengan kasih sayang yang ku berikan kembali... Aku katakan kasih dan sayang, tapi aku masih berbuat dosa, tidak mengikuti sunnah baginda, masih lagi khayal dengan dunia..

Sebelum itu, apabila menonton suatu filem Thailand, rasa terganggu sangat sebab seolah-olah ternampak seksaan neraka di depan mata. Ya Allah, gentar hati ini. Yang ditunjukkan dalam filem itu hanya lakonan, dan berlaku di dunia. Bagaimana di neraka Jahannam nanti...? Berganda-ganda teruknya..dan masa di akhirat panjang, tiada henti.. azab tidak terhenti.. sanggupkah? Na'uzubillah...

Ya Allah.. tuntunlah aku
Jangan Kau serahkan urusan duniaku dan urusan akhiratku kepadaku
Inni kuntu minaz zhalimiin
Faghfir zunuubi, ya Ghaffar Ya Rahim...

No comments: