pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Tuesday, May 26, 2009

Musibah

Bismillah

Setiap manusia tidak akan pernah terlepas dari musibah. Biarpun musibah itu kecil atau besar, ia tetap akan terjadi kepada sesiapa sahaja, yang besar, yang kecil, yang tua, yang muda, yang kaya, yang miskin.. Musibah umpama ujian Allah terhadap hambaNya, ujian keimanan hambaNya. Namun yang lebih utama, bukan siapa yang ditimpa musibah atau apa musibahnya, tetapi cara seseorang itu menangani musibah tersebut.

Alkisah, seorang syaikh sedang berjalan-jalan ke sebuah kampung kejiranan. Tiba-tiba syaikh itu ternampak temannya yang sedang menjerut lehernya ke pokok seolah-olah mahu membunuh diri. Syaikh itu pun bergegas ke arah temannya dan bertanya adakah dia mahu membunuh diri dan sebab dia berbuat begitu.

Temannya berkata ya kerana wanita yang dicintainya akan dinikahkan dengan seorang lelaki asing. Dia berputus asa kerana tidak berkesempatan untuk meminang wanita itu sebelum lelaki tersebut. Oleh itu, dia merasakan tiada gunanya hidup kerana tidak dapat bersama wanita itu.

Tiba-tiba syaikh itu meminta air dari temannya itu. Temannya berasa pelik dan sebal kerana syaikh itu telah mengganggunya dari perbuatannya yang hendak membunuh diri itu.

Setibanya di rumah temannya, syaikh itu pun diberi segelas air. Syaikh itu mulanya hendak minum air itu, tetapi kemudian mencampak gelas itu.

Temannya hairan dengan perbuatan syaikh itu tadi lalu bertanya mengapakah gelasnya dicampak. Syaikh itu lalu menjawab bahawa terdapat kotoran pada airnya. Lalu temannya berkata, kalau airnya kotor, tidak perlu mencampakkan cawannya sekali. Hanya perlu membuang air yang kotor dan menggantikan dengan air yang baru.

Lalu syaikh itu berkata, bukankah kehidupan juga begitu? Jikalau terdapat kesusahan, ditimpa musibah, ia umpama kotoran pada air itu. Oleh itu tidak perlu mensia-siakan kehidupan dengan membunuh diri kerana musibah itu, tetapi hanya menyelesaikannya sahaja.

Temannya terdiam lantas berfikir, dan syaikh itu pun beredar pergi.

Di sini kita lihat bahawa musibah yang melanda diri tidak bermaksud kehidupan harus disia-siakan. Kehidupan mesti diteruskan, tetapi musibah itu yang harus diselesaikan, biarpun ianya sukar.

Sebagaimana janji Allah, manusia tidak akan diuji melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dan bagi setiap kesusahan, maka akan ada kesenangan.

Wallahu 'alam...


No comments: