Bismillah
Semasa membaca al-Quran semalam, aku terjumpa satu ayat yang menusuk qalbu. Adakah aku telah bersiap sedia? Sudah cukupkah bekalan aku untuk ke sana? Sedangkan ia akan datang tanpa ku sedar...
Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (yaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila Kiamat sudah datang? (Surah Muhammad:18)
Diri ini masih banyak lagi yang kena perbaiki. Masih harus sentiasa baiki hati, tingkatkan iman, elakkan kemalasan..
Aku sekarang sedang membaca surah-surah terakhir sebelum beralih ke juz 30, dan aku dapati surah-surah terakhir ini banyak berkisar tentang Yaum Qiyamah, dan kisah-kisah umat terdahulu yang mengingkari perintah Allah s.w.t serta azab yang telah diturunkan ke atas mereka.
Astaghfirullah, gerun aku membacanya. Sesungguhnya umat ini sangat beruntung, kerana walaupun di zaman ini banyak maksiat yang berlaku, namun kita masih lagi dilindungiNya, kita masih lagi punya waktu untuk bertaubat. Kita tidak dikenakan azab serta-merta walaupun maksiat dilakukan secara terang-terangan.
Ya Allah, betapa Kau menyayangi hamba-hambaMu... Ya Rasulullah, sesungguhnya begitu dalam rasa kasihmu kepada umatmu...
Tak sepadan kasih sayang Allah s.w.t dan rasulNya kepadaku dengan kasih sayang yang ku berikan kembali... Aku katakan kasih dan sayang, tapi aku masih berbuat dosa, tidak mengikuti sunnah baginda, masih lagi khayal dengan dunia..
Sebelum itu, apabila menonton suatu filem Thailand, rasa terganggu sangat sebab seolah-olah ternampak seksaan neraka di depan mata. Ya Allah, gentar hati ini. Yang ditunjukkan dalam filem itu hanya lakonan, dan berlaku di dunia. Bagaimana di neraka Jahannam nanti...? Berganda-ganda teruknya..dan masa di akhirat panjang, tiada henti.. azab tidak terhenti.. sanggupkah? Na'uzubillah...
Ya Allah.. tuntunlah aku
Jangan Kau serahkan urusan duniaku dan urusan akhiratku kepadaku
Inni kuntu minaz zhalimiin
Faghfir zunuubi, ya Ghaffar Ya Rahim...
pathway
al-mahbub
- Allah & His Messenger
- my family
- mereka yang menyayangi saya :))
- babies and toddlers
- my course
- my late cat :(
Friday, November 27, 2009
Saturday, November 14, 2009
di hujung perjalanan
Bismillah
Alhamdulillah.. sudah hampir ke garisan penamat, insyaAllah. Selepas bertarung dengan 4 paper, ade 3 paper lagi yang akan dihadapi minggu depan. Moga Allah permudahkan :) Begitu cepat masa berlalu. Serasa seperti semalam, baru sahaja kaki ini melangkah ke semester baru, dan hari ini, peperiksaan sudah berlangsung. Namun, jihad tetap jihad. Tiada istilah menyerah kalah sebelum berusaha. InsyaAllah, aku ingin berpegang teguh pada janji Allah.
Hanya mampu berdoa setelah usaha. Bukankah doa senjata paling ampuh bagi seseorang muslim?
Wallahu 'ala wa 'alam

Friday, November 6, 2009
ayah
Bismillah
Ayah belum datang menjenguk lagi. Kali terakhir ayah datang, waktu Hari Bapa. Rinduku buat ayah menggunung tinggi. Apa khabar ayah di alam sana? Semoga ayah berbahagia. Anakmu ini akan berusaha memberi ayah kesenangan dan ketenangan.
Ayah ketua keluarga. Ibu pendamping setia.
Tiap kali terkenangkan ayah, air mata menitis. Hati berkocak sedih. Pilu menghiris. Hanya doa penghubung antara ayah dan anak. Hanya doa anak bekalan ayah di sana.
Ayah
Lama sudah ayah pergi
Anakmu semakin dewasa
Namun hati kecil ini masih ingin lagi kembali
Di zaman kanak-kanak
Pabila ayah masih ada
Pabila ayah adalah segalanya
Pabila ayah menjadi cahaya waktu gelita
Ingin ku bertemu denganmu ayah
Ingin ku kucup tanganmu yang berjasa
Ingin ku dakapmu
Merasakan kehangatan kasih sayang seorang ayah
Ayah
Datanglah
Anakmu menunggu
Setia menanti
Agar terlerai rindu
Agar tenang qalbu
Ya Allah
Tuhan Sekalian Alam
Selawat dan salam buat Junjungan Rasulullah
Tempatkanlah ayahku di tempat abadi yang Kau redhai
Golongkanlah ayahku di kalangan orang-orang soleh
Jauhkanlah ayahku dari seksaan
Cucurilah rohnya
Bangkitkanlah ayahku sebagai orang yang berjaya di Hari Pembalasan kelak
Kurniakanlah ayahku balasan syurgaMu
Pertemukanlah aku dan ayahku di sana nanti...
Sungguh..
Aku rindu ayah

Subscribe to:
Posts (Atom)