bismillah
ya Allah..
aku mohon padaMu, berilah aku kekuatan untuk aku tepis perasaan ini...
bukan itu yang aku inginkan dari perkenalan kita ya Allah...
sesungguhnya aku berniat ingin berkawan semasa kita bekerja bersama, tiada lain..
tapi kenapa apabila dia jauh dari pandangan, hatiku resah..
setiap bait kata-katanya selalu bermain di benakku...
adakah dia juga berperasaan yang sama..??
aku terfikir, adakah aku penyebab dia menjadi begitu..
adakah tutur kataku, lenggok bahasa badanku menjadi sebab..??
kalau itulah jwpnnya, maka ya Allah, ampunilah aku...
aku tidak berniat hendak menjadi fitnah kepada dia..
aku tidak mahu kerana aku, imannya rapuh..
dia menjadi lalai...
sehingga cintanya padaMu berkurangan dari cintanya kepada hambaMu yang dhaif ini
ya Allah, aku juga mohon, andai cintaku padanya melebihi dari cintaku padaMu
maka kau jauhi lah rasa cinta ini dariku..
aku lemah, hanya padaMu tempat ku mengadu...
seandainya kami sudah ditakdirkan bersama
kau bukakanlah jalan untuk kami bersama dlm keadaan yg kau redhai ya Allah...
peliharalah kami dari dosa zina hati ya Allah...
sesungguhnya kami tidak mampu menambah dosa lagi..
ya Allah, bantulah aku untuk menghadapi hati yang resah ini..
aku tk ingin aku terbuai dgn cinta yg sia-sia
cinta yang sementara
sedangkan cinta padaMu adalah cinta yang hakiki
dan kau telah janjikan yang terbaik untukku
maka aku tidak sanggup terlepas dari janjiMu
begitu juga tidak mahu melihat dia terlepas dari janjiMu...
ya Allah..
sesungguhnya kau lebih mengetahui apa di dalam hati..
oleh itu ya Allah, andai terselit jua rasa cinta terhalang
maka bantulah aku dalam membersihkan hati ini...
amin ya rabbal 'alamin
1 comment:
kenapa semua org bermadah ni..
jiwang banget u all ni...
kikiki....
anyway, ni org yg tu ke? or dah ada org baru?? ;p ;p
Post a Comment