Tuesday, December 22, 2009

lafazkanlah

Bismillah



Berat mulut untuk berkata

Tetapi hati ingin berbicara

Ucapan yang bermakna


Mengapa begitu sukar untuk diluahkan

Selagi ada masa

Selagi nyawa dikandung badan

Selagi diri masih bernafas

Selagi nadi terus berdenyut


Di balik senyuman

Gelak tawa

Gurau senda

Ada sesuatu yang ingin kusampaikan

Namun lidahku kelu

Kaku


Kerana aku tiada tahu

Bagaimana...


Lafaz yang tersimpan... sampai bila?

No comments:

Post a Comment