Friday, January 2, 2009

Bismillah

InsyaAllah, bermula Khamis, 8 Januari, dakwah mingguan yang telah lama diusulkan akan bergerak jua. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t moga-moga dengan adanya program ini, maka warga muslim (dan non-muslim juga) KUAZ terutamanya ahli keluarga Balai Islam dapat berkumpul dalam suatu jemaah yang 'centralised'.

Walaupun ketiadaan surau 'centralised', moga-moga dengan usaha kita ini, dapat dibangunkan sebuah surau khas untuk program berjemaah pada masa akan datang.

Namun, dalam kesibukan aku berdakwah kepada orang ramai, aku harus ingat, dakwah pertama yang wajib bagiku ialah dakwah kepada ahlul baitku. Sebagaimana Rasulullah s.a.w berdakwah kepada ahlal bait baginda sejurus selepas baginda ditabalkan sebagai nabi dan rasul, seperti itu juga aku. Kerana ahlul baitku adalah tanggunganku. Akanku ditanya pekerjaanku kepada ahli keluargaku.

Oleh itu, aku tidak boleh berputus asa, walaupun aku harus mengingatkan secara berulang-ulang, aku tetap harus jalankan amanah ini.

Allah...
Berikanlah daku kekuatan untuk menghadapi ujianmu
Biar pahit harus ditelan
Ku takkan mengalah

Wallahu a'lam

1 comment:

  1. pernah dahulu
    ku dihadapkan
    dari depan,belakang kanan dan kiri
    sebuah ujian dari Yang Kuasa
    dan aku yang lemah
    lemas dalam perjuangan
    nafas terasa sehela cuma
    lalu aku mengatakan satu kenyataan
    aku 'giv up'
    kini ku rasakan itulah satu kata
    yang cukup hina
    cukup lemah
    aku malu dengan kataku

    oleh itu
    duhai teman
    kumohon
    dalam usaha dakwahmu itu
    bawa daku bersama
    ku juga ingin berjuang kembali
    meski akhirnya tiada satu yang tinggal pada diri
    ku tetap ingin bersamamu berjuang menyeru kalimah Allah
    ingatkan daku
    aku tak harus menyerah kalah
    ingatkan daku
    amanahku sebagai khalifah
    ingatkan daku
    akan tanggungjawabku yang tak pernah sudah
    ingatkan daku
    kerna aku temanmu
    ingatkan daku
    kerna kita adalah sahabat

    ReplyDelete