pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Saturday, November 20, 2010

jodohku?

Bismillah..

Alhamdulillah, tiba-tiba ada kelapangan dan idea untuk menulis.. :)

Perkara yang seringkali hadir di bibir anak muda.. pastinya, hal jodoh dan perkahwinan. Aku juga tidak terlepas dari memperkatakan dan membincangkan perkara ini. Bisa dikatakan sebagai topik yang bertepatan dengan jiwa anak muda~

Namun, jika hal ini dibawa berbincang dengan ibu, aku jadi malu.. segan dengan ibu..

Sebenarnya, idea tercetus apabila mak cikku berkongsi cerita bagaimana dia berjumpa dengan suaminya. Tidak memakan masa yang lama pun.. dan pada ketika itu, pak cikku sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga..

Aku juga inginkan pertemuan yang serba ringkas.. bebas dari fitnah, bebas daripada pergaulan yang tidak terbatas, bebas dari angan-angan yang melalaikan.. apabila dia telah benar-benar bersedia dan lengkap dalam segala aspek, dia datang berjumpa keluarga dan meminangku..

Diri ini terasa juga apabila melihat seorang demi seorang kawan yang telah menjejakkan kaki mereka ke alam lain... alam rumahtangga.. aku sedar, ia bukan suatu alam fantasi, alam mimpi yang penuh dengan keindahan.. tapi hakikatnya, dalam kesusahan hidup bersama, itulah keindahan dan kebahagian yang sebenarnya..

Dan aku juga sedar, pantaskah aku menjadi suri seorang hambaNya jika aku masih lagi dipalit dosa-dosa? Masih lagi tidak bisa menyempurnakan diri? Masih lagi lemah? Jika aku lemah, bagaimana aku boleh menguatkan mujahid di jalanNya? Bagaimana aku boleh mendidik generasi hadapan supaya mereka menjadi generasi yang kuat akidahnya dan mantap ibadahnya?

Mungkin juga Allah menahan jodohku pada ketika ini kerana Allah nak beri aku peluang untuk aku perbaiki diri dahulu.. langsaikan hutang-hutangku dahulu, biar nanti bila ku berjumpa dengan imamku, ku datang dalam keadaan yang benar-benar suci, yang terbaik buatnya kerana Allah~

Dan kini, aku serahkan urusanku kepadaNya.. kerana Dialah sebaik-baik pengatur urusan hidup manusia..

Wallahu 'ala wa 'alam...

Wednesday, September 22, 2010

yang terbaik~

Bismillah

"Jom pergi saloon & spa. Kita buat manicure, pedicure semua ok. I want to make myself look beautiful on my wedding day"

"I nak diet la. Kalau tak nanti takde siapa nak kat I"

"Aku nampak tak macho la macam nie. Kurus kering.. aku kena pergi gym nie, biar nampak tough sikit. Barulah ada perempuan yang terpikat."

*************

Kalau tengok ayat-ayat kat atas tu, semuanya nak jadi yang terbaik. Terbaik pada pandangan manusia. Yang perempuan mahu dilihat yang terbaik pada pandangan si lelaki. Yang lelaki mahu dilihat yang terbaik pada pandangan perempuan.

Seringkali pandangan manusia menjadi ukuran, sama ada kita ini baik atau tidak. Kenapa kita terlalu mengambil kisah, mengambil berat pandangan manusia lain, tapi kita selalu.. SELALU.. meremehkan pandangan Allah terhadap kita?

Sebab apa ya?

Sebab kita tidak nampak Allah. Kita tidak merasakan kewujudannya. Kita tidak rasa diri kita sentiasa diawasi olehNya. Hati kita mati. Na'uzubillah..

Macam mana nak hidupkan hati yang mati itu?

Kita cari Allah kembali. Cari Allah dengan berzikir asma'Nya. Cari Allah dengan membaca kalamNya. Cari Allah di kalangan hamba-hamba yang selalu mendekatkan diri mereka kepadaNya. Cari dan sentiasa mencari. Yakin dengan janji Allah sebagaimana dalam hadith Rasulullah s.a.w:

The Prophet (peace be upon him) said that Allah says to Himself: "I am as My servant thinks I am. I am with him when he makes mention of Me. If he makes mention of Me to himself, I make mention of him to Myself; And if he makes mention of Me in an assembly, I make mention of him in an assembly better than it; And if he draws near to Me an arm's length, I draw near to him a fathom's length; And if he comes to Me walking, I go to him at speed." [Bukhari]

Jadi, mulai hari ini, kita cuba ubah persepsi kita. Nak jadi baik, bukan kerana manusia. Nak jadi baik kerana Allah. Nak jadi baik dalam pandangan Allah. Nak jadi baik supaya Allah redha dengan kehidupan kita. Nak jadi baik supaya Allah juga redha dengan kita di akhirat kelak. Nak jadi baik supaya mendapat rahmatNya di dunia ini & di akhirat sana.

Bukankah kalau Allah redha dan Allah merahmati kehidupan kita, ia lebih menguntungkan? :))


Tuesday, September 21, 2010

pertemuan aturan Allah~

Bismillah

Perasaan yang sukar ditepis. Apatah lagi, seolah-olah terasa diri tidak bertepuk sebelah tangan. Beberapa kali pertemuan yang tidak disangka berlaku. Mungkin ia aturan Allah. Semoga ia aturan Allah, semoga ia pertemuan yang Allah redhai.

Harapanku tidak diletak menggunung tinggi, kerana takut sakit bila ia jatuh ke bumi.

Harapan itu hanya kepada Allah. Kerana Allah tidak pernah mengecewakan. Itu pasti.

Setelah kita usaha, kita berdoa.. kita serahkan urusan kita kepada Allah.

Because Allah is the best planner of all~ :)

Monday, September 13, 2010

kerana setitik nila...

Bismillah

Lama sudah post ini tertangguh. Di kala tajuk ini dibuat, hatiku merasa panas & sedih. Panas mendengar kata-katanya, dan sedih dengan kesudahan antara kita.

Benarlah kata pepatah: Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Mungkin jika dari awal lagi perhubungan itu dibuat atas dasar kejujuran, tiada nila yang akan tertumpah ke dalam susu.. Sudah berkali-kali ku ingatkan, berterus terang lah.. tapi tidak.. sekali-kali tidak pernah kata-kataku diendahkan.. akhirnya, beginilah jadinya..

Semakin lama semakin teruk keadaannya.. kata-kata fitnah ditabur di sana-sini. Berlaku tindakan memburukkan nama pihak-pihak tertentu.. aku jadi bingung..

Kini, harapnya tiadalah lagi perkara-perkara buruk berlaku lagi. Aku sudah tidak tahan dengan keadaan berkonflik seperti ini..

Allahu hafiz~

Jaja & Din

Bismillah

Alhamdulillah.. dapat juga menghabiskan membaca satu novel setelah sekian lama 'berpuasa'..

Kalau pandang sekilas, pasti tak nak beli novel tu.. sebab rasa macam novel cinta-cintun biasa.. novel ala-ala Alaf 21 (maaf ya, tiada maksud apa-apa)

Tapi setelah dua tiga kali pandang, sebenarnya Jaja & Din banyak menyampaikan mesej yang tersirat. Inilah yang dimaksudkan dengan pepatah Inggeris: "Don't judge a book by its cover".

Mesej pertama:
Semua orang sebenarnya mengikut fitrah. Semua mahukan perkara-perkara yang baik. Siapa yang mahu perkara-perkara yang buruk, yang jelek, yang negatif kan? Dalam mencari pasangan pun begitu juga. Betapa 'jahat' sekalipun seseorang itu, bila bab mencari pasangan, pasti mahu yang baik-baik belaka. Yang lelaki pasti mencari seorang 'ustazah' yang boleh membimbing zuriatnya dengan baik. Yang wanita pula mencari 'imam' dan ketua keluarga yang akan membawanya ke syurga.

Jodoh pertemuan itu telah Allah tetapkan. Tapi peranan doa jangan dilupakan.

Mesej kedua:
Jangan sombong dengan Allah. Sebab yang rugi itu kita. Allah tak terasa apa pun dengan kesombongan kita. Sebelum kita kembali kepadaNya, langsaikanlah hutang-hutang kita dengan Allah. Kita nak kembali kepada Allah dalam keadaan yang baik, sebagaimana Allah ciptakan kita dengan begitu sempurna sebelum kita dilahirkan.

Mesej ketiga:
Kalau hari ini kita baik, maka bersyukurlah dan berdoa. Mohon kepada Allah semoga ditetapkan iman, diistiqamahkan amalan. Kita tak mahu jadi mereka yang siangnya Islam, malamnya kafir.. siapa kata hal ini tidak boleh terjadi? Allah boleh membolak-balikkan hati kita kalau Dia mahu. Oleh itu, sentiasa berdoa, jangan pernah putus..

Mesej keempat:
Orang yang jahat itu tidak akan selamanya jahat. Malah, kadang-kala orang yang dikatakan jahat itu, apabila dia bertaubat, dia menjadi lebih baik daripada mereka yang sedia baik. Jangan pandang rendah terhadap mereka, tetapi sentiasa mengajak mereka ke arah kebaikan. Dakwah Islamiyyah harus tetap berjalan.

Banyak lagi mesej yang disampaikan penulis tapi tak dapat nak tulis semuanya. Mungkin juga ada yang terlepas pandang. Apa pun, saya memang amat mengesyorkan yang lain untuk membacanya. InsyaAllah, tak rugi kalau membeli. Anggaplah ia sebagai suatu saham akhirat, insyaAllah..

Wallahu 'ala wa 'alam

Wednesday, September 8, 2010

Bismillah

Ayah
13 tahun
Tiada

Aku
4 tahun
Tiada berkata

Mereka
4 tahun
Tiada ketahui

Sekarangkah masanya?

Ramadhan kali ini

Bismillah

Malu sungguh aku hendak menceritakan kisah Ramadhanku kali ini.. tidak seperti tahun-tahun sudah, Ramadhanku kali ini terasa kelam, pudar, tidak bercahaya. Aku berasa kehilangan yang amat. Tiada lagi teman-teman yang memberi sokongan, tiada lagi sahabat-sahabat yang mendukung.. memang adat, yang patah tumbuh, yang hilang berganti.. tetapi yang tumbuh & mengganti itu tidak sama seperti yang telah patah & hilang..

Rugi
Rugi
Rugi..
sebab aku tidak memanfaatkan peluang-peluang yang Allah berikan, khusus di bulan Ramadhan ini..

Pintu rahmatNya dibuka luas
MaghfirahNya tiada batasan
Tapi aku?
Menyombong diri.. dan tak sedar diri!!

Malam ini malam terakhir.. mahukah aku merebut peluang itu?

Wednesday, July 28, 2010

sakit yang berhikmah

Bismillah

Sakit sangat rasanya. Pedih rasa hati. Air mata asyik berguguran. Jiwa tak tenang. Fikiran kacau-bilau. Perasaan tak menentu. Senyum pun hambar saja.

Begitulah gambaran apa yang terjadi padaku seminggu dua yang lepas. Setelah aku hilang cinta.

Sampai begitu aku rasa walaupun pada hakikatnya, aku masih belum lagi bercinta (dalam erti kata, aku & dia belum lagi meluahkan rasa sesama kita). Hanya mempunyai perasaan suka. Hanya memasang angan-angan untuk bersamanya.

Ini baru sahaja hubungan dengan manusia. Cuba bayangkan hubungan kita dengan Allah?

Bersungguh kita cintakan Allah. Kita buat semua yang Allah suka. Kita selalu dambakan keredhaanNya. Tiba-tiba, sewaktu kita kembali kepadaNya, Allah tidak terima langsung amalan kita di dunia. 'Cinta' kita ditolak. Dan pada waktu itu, kita tidak sempat nak merawat kembali diri kita. Kita tiada kesempatan lagi untuk memperbaiki cinta kita. Semuanya sudah terlambat.

Haru, bukan?

Itu merupakan senario paling dahsyat (worst-case scenario) bagi mereka yang mengaku mereka cintakan Allah. Bagaimana pula nasib mereka, golongan yang tidak mencintakan Allah, golongan yang terus-terusan bergelumang dalam maksiat & melanggar semua suruhan & laranganNya, golongan yang mempersekutukanNya? Na'uzubillah...

Lantas, aku mengambil hikmah dari sakit yang ku rasakan..

Sakit tetap sakit.. tetapi setiap sakit ada penawarnya.. Sakit bercinta dengan manusia ini, penawarnya, bercinta dengan Allah lah~

*bukan dia yang tinggalkan saya, tetapi saya yang meninggalkannya.. sebab Dia*