pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Thursday, June 28, 2012

mencari titik persamaan

Bismillah

"Jika mahu kenal seseorang, maka harus kenal satu kampungnya dulu."

Hee.. ini bukan kata pujangga, bukan jua kata orang bijaksana. Ini adalah kata-kata ciptaan saya.

Tiba-tiba tadi terfikir, saya rasa seakan belum bersedia lagi untuk masuk ke dalam ahli keluarga baru. Memang saya belum membuat apa-apa perancangan, cuma saya sedang berfikir dan menimbang-nimbang perasaan saya apabila saya menjadi ahli keluarga suami kelak, insyaAllah.

Lalu saya pun mulakan operasi meninjau-ninjau. Berapa orang adik-beradiknya, apakah kesukaan mereka, anggaran umur mereka dan sewaktu dengannya. Apa yang saya dapati ialah sebuah titik persamaan: ada juga yang suka membuat kek.

Oh.. kalau sudah ada titik persamaan, insyaAllah langkah seterusnya akan menjadi lebih mudah. :)

bila keluarga menjadi liabiliti

Bismillah

Tujuan utama saya bila pulang ke tanah air ialah untuk mencari penawar kepada sakit yang tidak tahu puncanya ini. Saya berjanji pada diri, ini bukan suatu tempoh percutian atau seumpamanya tetapi lebih kepada bekerja jarak jauh. Tapi hampa! Sejak kepulanganku seminggu yang lalu, saya langsung belum menyentuh apa-apa jua kerja yang berbaki, sehinggakan saya menerima 'amaran' daripada boss saya.

Kadangkala, saya tersepit di antara kemahuan saya, keperluan saya dan keluarga. Bagaimana untuk kata tidak kepada ibu yang perlukan pertolongan? Bagaimana untuk saya menepati 'waktu kerja' di rumah sendiri? Mungkin ini semua alasan. Sebenarnya mudah sahaja penyelesaiannya jika tahu cara untuk 'tackle' masalah-masalah yang disebut.

Keluarga yang utama setelah Allah dan RasulNya. Keluarga adalah aset kita. Tapi keluarga juga kadangkala menjadi liabiliti kepada diri.

Mungkin saya harus belajar bertegas secara hikmah. Kewajipan saya adalah untuk ibu dan pada masa yang sama, saya juga mempunyai kewajipan ke atas kerja-kerja saya.

Tuesday, June 26, 2012

bila sahabat menjadi cinta

Bismillah

Beberapa minggu ini, saya rasa sungguh tak selesa. Entahlah mungkin sebab saya telah menjadikan seorang sahabat saya sebagai cinta (walaupun hakikatnya mungkin saya seorang sahaja yang berperasaan begitu), semua jadi serba tak kena.

bila sahabat menjadi cinta
hati resah serba tak kena
bila dekat kelu tak terkata
bila jauh rindu bertakhta (ecece!)
asyik tertanya khabar berita
walau dulu tak pernah ambil kisah
bergurau senda kena berjaga
berbual bercerita pun dah tak sama
takut pula terlebih mesra
aduhai kenapalah sangat mudah
jatuh hati pada 'si dia'

Nasiblah saya ada di tanah air, jadi perhubungan kami terbatas oleh jarak (ada jugalah alasan yang kukuh kenapa kami tak boleh selalu berhubung)

Hati oh hati...

Thursday, June 21, 2012

adik-adikku sayang~

Bismilllah

Alhamdulillah, setelah 3 tahun saya berada dalam dunia dakwah dan tarbiyyah, saya dikuniakan adik-adik di bawah 'jagaan'ku. Namun perlu saya ingat, adik-adik ini merupakan suatu amanah, bukan anugerah biasa-biasa sahaja.

Isnin lepas merupakan pertemuan kami terakhir untuk semester ini. Ini kerana saya akan pulang ke Singapura dan adik-adik pula akan pulang ke kampung masing-masing sempena cuti semester. Apabila saya mula-mula diberi amanah ini, saya berasa sangat berat hati kerana saya masih tidak bersedia. Namun, lama-kelamaan saya rasa sangat selesa dan gembira bersama mereka.

Gelagat mereka kadang-kala mencuit hati. Apabila saya memberitahu mereka bahawa saya akan pulang ke Singapura selama sebulan, mereka mengusik saya, 'entah-entah akak balik nak bertunang ke nak kahwin...' mereka berkata.

Saya sangat sayangkan mereka. Semoga Allah sentiasa tautkan hati kami dalam kecintaan kepadaNya.

Tuesday, June 19, 2012

a matter of perspective

Bismillah

Today, I think I have cried myself out of nothing.

I messaged my boss last Saturday saying I wanted to do work from home a.k.a Singapore for a month. She did not reply and I just assumed that she had read and she just did not want to reply.

I messaged her again this morning. This time, she replied and called me even.

When I read her message, it sounded as if she was angry at me, because I gave a verrryyyyyyy short notice.

Now that I read again, her message sounded 'sayu'.

It's just a matter of perspective. Huk3...

Saturday, June 16, 2012

no man is an island

Bismillah

Today in history, I am left all alone. Being left alone is not a problem for me. It's just a bit lonely with no other human company.

There is an English saying "No man is an island". There are some truths in the saying to a certain extent. Humans are created as social beings, meaning they NEED to interact. Even at an early age, humans portray this need. Just look at babies. If they are left alone for a span of time, they started to make noises to attract people to accompany them. Adults do too.

A person needs another person in order to live life to the fullest. But here, the Muslims have an advantage.

A Muslim who is alone is not always lonely. Because there is Allah to keep him company. And Muslims believe that Allah is the best company he has.

#remindertomyself

Thursday, June 14, 2012

tak dan

Bismillah

Sejak akhir-akhir ini, banyak pula penyakit yang tidak diketahui punca-puncanya datang menyerang. Sebelum ini, jari-jari tanganku terasa kebas. Setelah diperiksa doktor dan diambil imbasan x-ray, tiada sebarang masalah yang dikesan.

Minggu lepas saya diserang gatal-gatal yang agak serius. Seluruh badan, kaki, tangan dan muka diserang. Bintatnya besar-besar tapi tidak meninggalkan bekas bila digaru, berbeza dengan bintat yang terhasil dari gigitan nyamuk.

Kini, bahagian kiri mukaku pula yang terasa kebas. Hari ini, rasa kebas semakin merebak ke bahagian mata, dan gigiku pula terasa ngilu.

Semua keadaan ini membuatku rasa takut. Apatah lagi bila membaca bermacam-macam diagnosis dari google, saya seperti berada dalam denial. Saya masih muda, belum lagi mencapai umur jubili perak. Tak mungkin saya diserang dengan penyakit-penyakit kronik. walaupun saya tahu tahap kesihatan saya bukan di tahap optimum.

Bermacam-macam perkara berlegar di dalam minda:

Saya masih belum bernikah.

Saya masih belum mempunyai zuriat, penyambung warisan Rasulullah s.a.w.

Cita-cita saya masih belum lagi tercapai.

Saya belum meninggalkan apa-apa kesan di atas muka bumi ini.

Saya masih lagi berhutang. :(

Banyak perkara yang masih belum sempat saya langsaikan. Saya rasa seolah-olah masa yang dipinjamkanNya semakin pendek.

sana sini macam bukan

Bismillah

Sambil mendengar zikir A'uzubillah daripada Halim, tiba-tiba saya menjadi emo.

Nak kata saya orang sini, macam bukan (memang bukan pun!)

Nak kata saya orang sana, dah rasa macam bukan orang sana.

Sudah hampir 5 tahun saya menetap di Kuala Lumpur. Jika di zaman universiti dulu, kadang-kadang bila hampir masuk 2 bulan baru saya akan pulang ke Singapura. Masa yang agak panjang dihabiskan di rumah pula ialah apabila tiba cuti semester.

Sekarang di zaman bekerja, tiada lagi cuti semester yang panjang untuk berlibur. Saya akan pulang ke rumah hanya sebulan sekali. Itu pun wajib sebab saya tiada pas pelajar mahupun pas pekerja. Tempoh yang dibenarkan untuk berada di Malaysia hanya 30 hari sahaja sebab saya menggunakan pas pelawat. Bercuti di rumah pun tidak boleh lama-lama, 2 atau 3 sahaja sebab tuntutan kerja tidak mengizinkan saya bercuti lama.

Dengan masa yang sedikit sahaja yang dihabiskan di rumah dalam tempoh 5 tahun ke belakang, saya rasa seolah-olah telah hilang sedikit identiti saya sebagai rakyat Singapura. Saya rasa ketinggalan dari perkembangan teman-teman di Singapura. Perkembangan Singapura as a whole pun saya terpinga-pinga.

Pada masa yang sama, walau macam mana selesa pun saya dengan teman-teman di Malaysia, saya tetap merasakan ada suatu jurang di antara saya dan mereka. Mungkin saya rasa inferior berbanding mereka. Iyalah, ini negara mereka, mereka pasti mempunyai lebih kelebihan berbanding saya, mereka mempunyai lebih pengetahuan tentang negara mereka berbanding saya...

*tak tahu nak buat penutup*
*sambung emo*