pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Thursday, May 13, 2010

Bismillah

Tiap kali bertemu
Tiap kali tiada jemu
Setiap hari semakin rindu
Walau seringkali aku keliru

Bolehkan rindu itu..?

Sunday, February 28, 2010

katakan 'tak nak'

Bismillah

Suka dan cinta itu fitrah.. tiada manusia yang tidak mempunyai cinta.. semuanya pasti ada perasaan cinta.. cinta apa?

Tipu kalau aku kata aku tidak suka. Memang sukar untuk tidak mengingatinya. Setiap hari berjumpa, setiap kali bertemu, seperti tidak cukup rasanya..

Dekat, tapi hakikatnya masih lagi jauh..

Memang perasaan cinta itu indah, sebab dicipta oleh Yang Maha Indah..

Tak nak memburukkan cinta.. tak nak menjadi hamba kepada cinta, melainkan cinta kepada Pencipta..

dia.. dan aku pasti bersama jika Dia mengizinkan.. so no worries k~

Wallahu 'ala wa 'alam..

Thursday, February 18, 2010

biarkan...

Bismillah

Biar senyap berbicara
Biar sepi mengulam rasa
Biar tiada kata
Biarkan yang pasti menentukan

Jangan diendah perasaan
Jangan diturut nafsu
Jangan dipeduli hati

~striving~

Wednesday, February 10, 2010

Bismillah

Perbualan yang ringan, tapi bermakna. Aku yang selama ini mencari teman untuk ku ceritakan kisah ini, teman yang sama-sama menghadapi situasi yang sama, telah berpeluang untuk bercerita dengannya. Bagiku perbualan ringan ini boleh mempengaruhi masa depanku.

"orangnya baik, taat kepada ibunya, bertanggungjawab, beragama"
"jangan lepaskan tau.. jangan jual mahal"

Aku cuma nantikan kata pasti daripadanya...

Antara kita tiada kata
Bahasa kita bahasa mata
Pandangannya cerminan rasa

Jika sudah bersedia
Pergilah jumpa ibu di sana
Pasti ibu memberi restu
Restu kepada bakal menantu

Menantu datang dari seberang
Ibu gembira, ana pun girang


:))

pantun pusaka hidupku

Bismillah

Nasi lemak buah bidara
daun selasih hamba lurutkan
sayang emak, sayang saudara
walau kasih hamba turutkan

Sebelum itu, minta izin ibu dulu ye~

:))

Sunday, January 31, 2010

i'm in a relationship

Bismillah

Semakin ramai teman menukar status mereka kepada "in a relationship". Kalau mengikut jiwa mudaku, aku juga menginginkan begitu. Siapa yang tidak mahu sayang menyayangi kan? Itukan fitrah... Tapi ada kuasa yang menarik aku pergi daripada jalan itu. Biarpun jalan itu menarik, jalan itu penuh keseronokan...jalan itu hanya sementara, sedangkan aku mencari suatu yang pasti.

Walaupun mungkin ku telah terjumpa dengan si dia, tapi selagi dia belum mengucapkan sebarang kepastian, maka aku juga akan menahan diri dari membuat pengakuan. Biar kita suka dalam diam, asalkan masing-masing menjaga diri, menjaga maruah, menjaga iman.

Dan sementara itu, biarlah aku perbaiki "relationship" ku bersama Tuhan.

Wallahu 'ala wa 'alam

selamat ulang tahun ayah~

Bismillah

Jika ayah masih di sini
Hari ini pasti disambut meriah
Kerana hari ini ulang tahun ayah

Pantas masa berlalu
Yang pergi takkan kembali
Yang hidup pasti mati

Ayah
Walaupun ayah tiada di depan mata
Di hati jua ayah bersemadi
Memori indah akan sentiasa diingati
Kasih ayah tetap dirindui

Hanya doa penghubung kita
Moga berjumpa kelak di syurga
Amiin~

:'))

rahsia

Bismillah

Ku ingin ucap kata maaf
Bukan aku ingin berahsia
Tapi keadaan tidak pernah mengizinkan
Dan aku tidak mahu perhatian
Apatah lagi simpati teman
Bagiku ia adalah suatu kejadian
Yang pasti
Aku sedih, ya
Aku masih lagi mengingatinya
Tapi aku tidak boleh terus-terusan membungkam rasa
Aku tahu aku lemah
Mengenangkannya saja
Air mataku bergenang sudah
Oleh itu aku pilih
Pilih jalan untuk tidak berkata
Mungkin ini bukan jalan yang tepat
Dan mungkin ia lebih menyusahkan
Oleh itu sebelum yang benar diketahui
Aku mohon maaf
Kerana menyimpan kebenaran selama ini
Moga persahabatan kan tetap kekal abadi
Kerana aku sayangkan hubungan ini

Wallahu 'ala wa 'alam